20 February 2010

Bersediakah Najib untuk berubah?

oleh Dr Dzulkefly Ahmad
FEB 20 — Telah penulis catatkan beberapa kali bahawa Umno gentar serta gusar dengan Politk Baru. Benar bahawa PRU ke-12 telah menyaksikan penghakisan sokongan Umno/BN paling parah dalam sejarah politik pilihanraya. Tetapi kesemua itu tidak sepenting satu hakikat yang sering menerjah mereka. Hakikat wujudnya satu lagi koalisi yang disifatkan sebagai ‘kerajaan dalam penantian’ atau ‘government-in-waiting’.

Kalau ada yang marah atau menelah bahawa penulis bersekali Pakatan Rakyat terlalu ghirah untuk memerintah kerajaan Persekutuan, penulis sayugia perjelaskan. Penulis tidak kata perubahan besar pasti berlaku pada PRU ke-13 ini. Tetapi potensi untuk perubahan berlaku amat besar kedepan ini.

Nah, ini hakikat baru yang tidak pernah terjelma dalam telahan unjuran politik negara. Satu dekad lalu, sebutan ini hampir asing bahkan satu dongengan. Tidak ada parti dan kerajaan yang layak memerintah kecuali kerajaan Umno/BN mungkin sampai qiyamat. Kalau ada pun ‘kerajaan pembangkang’, satu istilah paradoks, ia hanya terbatas di negeri pantai Timur, Kelantan dan Terengganu.

Bagaimana ia menjadikan satu realiti adalah perubahan besar yang berlaku selepas topografi atau landskap politik negara terus berubah setelah tsunami politik melanda ganas negeri-negeri Umno/BN di pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Politik Baru berkehendak untuk mendefinisi semula pelbagai tata-orde perhubungan politik; amalan federalisme dan gelagat cabang legislatif serta suhu perbahasan di parlimen, kerancakan persaingan media mengolah lambakan isu dalam usaha mempengaruhi pemikiran awam di pasaran bebas pertarungn ide. [seterusnya]

1 comment:

mohd ali ismail said...

Kepincangan UMNO/BN disebabkan pemimpin mereka terlalu sombong,angkoh dan arrogan beserta engan menerima nasihat dan teguran yang bernas dan berasas.Mereka ini retorik dan tak mampu berubah mengikut zaman.Mereka kini kunu, berfikiran bahawa rakyat dipinggir seperti zaman 60han tidak berubah,ikut apa aje yang diaturkan olih kerajaan.Kesilapan mereka tak dapat diubati lagi kerana rakyat dah jemu dengan gelagat UMNO/BN mentadbir kerajaan dan mereka mahukan perubahan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive