27 February 2010

Prestasi PR menurun, andai PRU 13 diadakan esok : Zulkifli sulong


Rakyat mungkin tidak asing dengan teori 3M, iaitu Money (wang), Machinery (jentera kerajaan) and Media yang memenangkan Barisan Nasional dalam semua pilihan raya umum (PRU) yang lalu. Bagaimanapun, teori 3M ini hampir gagal, apabila internet menembusi gelanggang media pada PRU ke-12, membawa impak "tsunami" kepada politik tanahair Malaysia.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi akhirnya terpaksa mengakur, bahawa media internet merupakan punca kekalahan BN yang dipimpininya dalam PRU ke-12. Jelas, perang siber pada PRU ke-12 memihak kepada PKR, PAS dan DAP yang kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat. Persoalannya, apakah kecenderungan ini akan berlanjutan sehingga PRU ke-13, menyaksikan kemenangan PR secara besar-besaran; ataupun PR bakal termakan dengan senjata ini?

Zulkifli Sulong, Ketua Pengarang Harakah Daily membuat ramalan bahawa prestasi PR bakal menurun, seandainya PRU ke-13 diadakan pada hari esok, ketika berucap dalam forum berjudul "Media: Kuasa politik baru PRU ke-13", anjuran bersama oleh Gerakan Muslimah Sejagat (GEMS) dan Free Public Forum di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.

Selain Zulkifli Sulong, ahli panelnya termasuk Abu Hassan Hasbullah, pensyarah kajian media Universiti Malaya dan Fathi Aris Omar, Ketua Pengarang Malaysiakini. Forum ini dipengerusikan oleh Nurul Suhadah, menarik kehadiran kira-kira 50 orang.

Harakah menangkis propaganda "Tengkolok"

Zulkifli Sulong, yang juga bekas Ketua Pengarang Harakah, berkongsi pandangan sejauh manakah kepentingan lidah parti, khususnya terhadap parti pembangkang dalam konteks Malaysia, yang mana media arus perdana dikuasai sepenuhnya oleh parti pemerintah. [seterusnya]

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive