26 March 2010

Melayu sekarang tidak sebodoh yang difikirkan Awang Selamat - Zaid Ibrahim

Awang Selamat marah benar. Kepada orang Melayu yang tidak mahu bersekongkol dengan Ibrahim Ali dan Mahathir Mohamad dalam mesyuarat agung pertama Perkasa pada Sabtu ini, Awang yang kerdil itu berkata, "Usahlah menjadi Melayu di tanah air ini, jika kita terlalu takut dan mengikut telunjuk pihak yang sedang pun menghakis kedudukan Melayu". Kalaulah saya Sultan Selangor, tentu terguris hati saya dengan sindiran yang biadab dan bodoh ini.

Awang naik berang kerana menurutnya, Perkasa patut disanjung dan disokong kerana begitu lantang mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu yang dikatakan sedang dihina. Yang anehnya sejak bila pula institusi Raja-Raja Melayu kita dihina? Saya belum terbaca atau mendengar mana-mana pihak yang mencabar institusi Raja. Kalau pun Karpal Singh itu dikatakan mencabarnya, bukankah kes itu belum lagi selesai?

Itu pun kes perundangan. Kenapa Awang, Ibrahim Ali dan Mahathir tak sabar-sabar hinggakan perlu memanggil 10,000 orang Melayu berhimpun? Kalau setakat nak beri orang ramai makan percuma dalam dewan yang empok, 20,000 orang pun boleh dicari. Tetapi Melayu sekarang tidaklah sebodoh yang difikirkan oleh Awang. Lebih baik Awang bagi contoh-contoh siapa dan apa yang mencabar Raja-Raja kita? Saya sangka orang akhbar ini bijak dan pintar, dan kenyataan pun biasanya berasas dan ada minat ke arah mencari kebenaran. Itu sepatutnya menjadi kriteria utama wartawan cemerlang. [seterusnya]

2 comments:

azman kamarul said...

Nak kasi tau pada Awang Selamat.

Kalau kamu nak hidup dan semampos dengan retorik bodoh tu...kamu buatlah.Jangan harap kami orang Melayu di bawah ini nak bersekongkol dengan Melayu macam depa tu.

Dah tipu kami Melayu kat bawah ni la ni nak tipu lagi ...sorrylah cik Awang ooiiiii.

Puak yang ada tu SEMUANYA PENIPU DAN PENGKHIANAT MELAYU.

DEB yang di buat puak kamu yang sapu...buat projek perumahan rakyat puak kamu yang balu n...buat projek jalan kat kampung puak kamu yang rembat...Melayu mana yang kamu bela ha?

Kamu hanya tolong melayu yang angkat bendera kamu,yang tampal poster pilihanraya kamu..itupun ciput...

Kamu hanya tolong melayu yang bernama Mirzan,Mokhzani,Nazir,anak dollah badawi....dan rakan-rakan yang sekutu dengannya sahaja...wahai penipu bangang!!!

Awang Selamat....hentikan menulis perkara-perkara yang membuang masa...JADILAH REPORTER YANG BOLEH DIHORMATI....

mohd ali ismail said...

Saya setuju sepenuhnya dengan Azman kamarul.Yang kaya lagi kaya.Mereka ini semua kalau rakyat dah rejek mereka pun akan diberi tempat istemewa dalam institusi2 kepunyaan Kerajaan dan diberi jawatan dan gaji yang tinggi.Inilah dia Ketuanan Melayu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive