28 April 2010

Ditipu dek UMNO

Saman RM218 juta ke atas Umno, Elegant gagal lagi

Apr 28,

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak permohonan syarikat pembekal barangan pilihan raya, Elegant Advisory Sdn Bhd berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan saman RM218 juta terhadap Umno kerana didakwa gagal menjelaskan bayaran bekalan barangan dan perkhidmatan semasa pilihan raya umum ke-11 pada 2004.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Tengku Baharuddin Shah Tengku Mahmud sebulat suara bersetuju mengekalkan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman, Anantham Kasinather ketika membatalkan saman Elegant Advisory bahawa tuntutan itu tidak mencukupi dan tidak jelas untuk menunjukkan kuasa tindakan.

Dua hakim lain adalah Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Sulong Matjeraie

Pada 10 September 2009, Anantham membatalkan saman Elegant Advisory selaku plaintif setelah mendapati tiada kontrak yang sah sama ada secara lisan mahupun bertulis dibuat antara syarikat itu dengan Umno.

Anantham juga memerintahkan syarikat itu membayar kos RM10,000 kepada Umno selaku defendan dalam tempoh 14 hari bermula dari tarikh berkenaan.

Sehubungan itu, Mahkamah rayuan juga memerintahkan perayu membayar RM5,000 kepada Umno sebagai kos.

Umno diwakili oleh peguam Hafarizam Harun manakala Yusfarizal Yusoff dan Ahmad Termizi Abdullah pula mewakili Elegant Advisory.
STONE: Pernah aku terjumpa dengan satu pembekal barangan cenderahati suatu ketika dulu masa sibuk-sibuk nak adakah pilihanraya ke 12 2008. Antara kata-katanya "jangan percaya dengan umno ni, masa nak barang bukan main manis cakap, lepas p[ilihanraya sekoq pun tak nampak. Saya, kalau nak buat barang-barang (baju t atau topi atau apa saja) minta dulu bayaran 50% ... ada pendahuluan ada barang, tak der pendahuluan tak der barang, senang cerita ... " itu lah antara kata-kata sahabat ni ... mungkin dia dah pernah terkena dengan umno putar alam ni

1 comment:

Wellness, The Next Big Thing said...

sampai bila rakyat Malaysia harus ditipu ... sampai bila?

lihat saja longgokan wang tunai di sini http://fx070707.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive