11 April 2010

Lagi menteri bodoh dan dungu muncul di Hulu Selangor

Kalau semalam Shafie Afdal dan Ahmad Maslan hari muncul lagi menteri umno yang bodoh lagi dungu dengan kenyataan-kenyataan memperbodohkan warga Hulu Selangor
"program tersebut telah dirancang lebih awal dan diadakan bagi mendekatkan rakyat dengan pegawai di kementeriannya di samping memberi pendedahan kepada pengusaha baru untuk memulakan kegiatan pertanian" kata Noh Omar,
Berapa banyak program yang telah dirancang untuk Hulu Selangor sebelum ini. Kenapa hanya Hulu Selangor? Kenapa tidak didaerah-daerah lain?
Seperti biasa noh omar membawa bersamanya RM 4.6juta kononnya untuk diagihkan kesektor-sektor penternakan penanaman dan pertanian di Hulu Selangor bersempena dengan Karnival Mini Maha yang diadakan di Hulu Selangor "yang memang telah lama dirancang". ...
Jangan memperbodohkan lagi warga Hulu Selangor wahai para-para menteri Umno yang bodoh lagi dungu. Dimaa saja ada pilihanraya kecil, disitu lah akan dilonggokan dengan bermacam-macam projek dan sumbangan yang kononnya telah lama dirancang ...

HULU SELANGOR, 11 April (Bernama) -- Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menafikan dakwaan pihak pembangkang bahawa Mini Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Partanian (Mini Maha) yang diadakan di sini mempunyai kaitan dengan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.
Beliau berkata program tersebut telah dirancang lebih awal dan diadakan bagi mendekatkan rakyat dengan pegawai di kementeriannya di samping memberi pendedahan kepada pengusaha baru untuk memulakan kegiatan pertanian."Program Mini Maha ini telah dirancang lebih awal untuk diadakan dan Hulu Selangor dipilih sebagai tuan rumah kali ini," katanya pada sidang media selepas perasmian Mini Maha, di sini Sabtu malam.
Beliau berkata satu pameran Maha peringkat antarabangsa juga akan diadakan pada November ini dan antara negara yang dijangka menyertainya ialah Australia dan New Zealand serta negara Eropah."Kami mensasarkan 2 juta pengunjung pada pameran itu nanti," katanya.Pada majlis malam ini, Noh turut mengagihkan RM6.4 juta yang diperuntukkan kerajaan bagi membantu sektor pertanian, penternakan dan penanaman di daerah Hulu Selangor.-- BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive