Wartawan minta polis jelaskan anaknya dilabel suspek jenayah
May 16, 2010TAWAU, 16 Mei — Seorang wartawan minta polis memberi penjelasan kenapa anaknya Shyril Azlan, 19, yang mati lemas selepas terjun ke dalam bekas lombong berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Intan Baiduri di Kepong, Kuala Lumpur untuk mengelak diberkas polis, boleh dilabel sebagai penjenayah.
Mohamad Yusup Lewah, 49, wartawan akhbar tabloid Tanjung Metro di sini, juga meminta diberikan kebenaran melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian samun wanita berusia 63 tahun di Taman Mastiara, di mana anaknya dikatakan suspek utama kes berkenaan.
“Kalau betul anak saya seorang penjenayah, saya reda. Tapi sekarang saya masih tidak jelas dan tidak mengerti bagaimana pihak polis boleh sampai kepada kesimpulan bahawa anak saya seorang penjenayah.
“Kalau anak saya suspek utamapun, pihak polis mesti selamatkan dia (semasa dia terjun ke dalam bekas lombong) sebab jika dia terselamat maka selesailah kes itu...anak saya boleh membantu siasatan.
“Jadi pihak polis boleh menyiasat sama ada anak saya betul-betul melakukan jenayah atau tidak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohamad Yusup mengulas kes kematian anaknya yang terjun ke dalam bekas lombong berhampiran PPR Desa Intan Baiduri seperti yang dilaporkan akhbar nasional pada Jumaat lepas.
Mohamad Yusup berkata isterinya sudah membuat laporan polis berhubung kes kematian anaknya itu di Balai Polis Gombak. — Bernama

No comments:
Post a Comment