22 May 2010

INA - 5 TAHUN BERGELUMANG DOSA - 3


Dia menarik Ina ke atas katil. Ina ikut saja. Darah Ina bergemuruh. Dia mengecilkan lampu bilik. Tidak dipadam habis. Masih samar-samar ...

Kita tido lah yer katanya ... penat driving hari ni ... Ha ok lah jawab Ina ... Nite balas nya sambil mencium dahi Ina . Nite kembali ...

Ina mula terbayang yang bukan-bukan. Inilah pertama kali Ina tidor sebilik dan sekatil dengan lelaki bukan muhrim. Mau kena tangkap basah ni. Apa Ina nak cakap pada keluarga dan beritahu pada U tempat Ina belajar. Ah macam-macam Ina fikir.

Ina tau dia penat driving. Nyenyak tidurnya, Tapi Ina sebaliknya, tak dapat lelapkan mata. Macam-macam bermain difikiran. Kalau kami dicekup penguatkuasa, keluarganya juga heboh. Apa kata isterinya dan apa akan jadi pada Ina. Tapi Ina boleh lagi bersyukur, dia belum mengapa-apakan Ina lagi setakat ini.

Dalam berkhayal-khayal Ina terlelap .......

Terkejut bangun keesokan hari - Sabtu - Krismas - 25 Dec 2004 - Ina masih suci. Serius. Walaupaun dah tidor dengan lelaki. Ina anggap dia boleh dipercayai. Dia belum mengapa-apakan Ina. Ringan-ringan tu ada la, kalau Ina cakap tak ada korang pasti tak percaya kan ...

Dia dah bangun. Jam dah 8.40 pagi. Bersihkan diri, bersiap, kami ke bawah untuk sarapan pagi. Selesai sarapan kami berjalan-jalan di tepi laut. Ramai pengunjung. Hujung minggu, hujung tahun, cuti pula tu ... ramai yang menghabiskan cuti tahun bersama anak isteri dan mungkin ramai juga yang macam Ina ni hehehehe ...

Ina rasa bebas di sini. Dan Ina pasti dia juga. Kami kini juah dari KL dan jauh dari tempat Ina belajar. Tapi dalam pada itu takut-takut juga nanti terjumpa kawan-kawan, tapi ahhhhh persetankan diaorang, kalau terjumpa pun diaorang juga jangan-jangan sama seperti Ina juga. Habis jalan-jalan di pantai kami balik bilik untuk tukar pakaian. Dia kata nak bawa Ina g shopping. Ina tak tau di mana. Ina ikut saja.

Kami ke Gurney Plaza. Dia kata Ina boleh ambil apa saja yang Ina berkenan di hati. Ina dah diberikan green light ... jadi apa lagi ... kebas saja lah ... tapi dalam pada itu Ina tak nak la tunjuk sangat ... lagipun kami baru saja berkenalan. Ina mengambil sehelai jeans, beberapa helai t-shirt, kasut, hand-beg dan minyak wangi. Itu saja.

Seharian kami pusing-pusing seluruh Pulau Pinang. Banyak sangat tempat yang dibawanya. Ina masih ingat kami ke Bukit Bendera, Taman Rama-Rama. Balik malam kami makan di The Ship Bt Ferengghi. Lepas makan kami berjalan-jalan di pasar malam sepanjang jalan di hadapan Hotel. Lepas tu balik hotel. Penat dah jalan.

Malam kedua Ina bersama lelaki. dia masih boleh menyimpan kesabarannya, walaupun ada sekali dia mencuba tapi Ina menolak. Dia tidak memaksa. Dia menerima alasan Ina dengan tenang. Ina hepi bila dia dapat terima penjelasan Ina.

Ahad 26 DEC 2004

Lebih kurang jam 10 pagi kami bertolak balik dari Pulau Pinang. Perjalanan balik agak sesak. Ramai hendak balik ke KL. Ina tiba di rumah sekitar jam 4 petang. Selepas meninggalkan Ina dia terus balik ke KL.

Memang Ina tidak lepas menonton berita TV3 jam 8 malam baik dimana saja asalkan ada TV. Berita menggemparkan - pertama kali berlaku di Malaysia - Tsunami melanda Pulau Pinang - terdiam Ina ...... Alhamdullillah Ina selamat ..... berkat Ina tak lakukan apa-apa agaknya selama 2 malam bersama dia. Tiba-tiab hp Ina berbunyi --- Dia message Ina memberitahu perkara yang sama dan alasan yang sama dia berikan .... kami selamat sebab kami tak buat perkara terkutuk itu. Kami bersyukur ..... Tuhan masih sayangkan kami berdua ...

Ahhhhhhhhh .... Agak detail pula luahan Ina disini. Maklum lah pertemuan pertama la katakan. Banyak la yang boleh Ina ingat. Selepas ni tak mungkin Ina ingat lagi, kecuali kes yang besar-besar saja lah.

Ya Ina berterusan berkawan dengan dia selama 5 tahun. Mulai Dec 2004 sehingga lah Dec 2009 baru-baru ini. Sebab kami berpisah - Ina tahu Ina tak ada masa depan sekiranya berterusan dengan dia. Tambahan ibu bapa Ina tak benarkan Ina berkahwain dengan dia. Kalau nak juga kami kena berkahwin senyap-senyap di Thailand lah.
Dalam tempoh 5 tahun itu, Ina tabik pada dia, Ina tak tau macam mana dia lakukan .... Isteri dia tidak sedikit pun dapat tahu akn hubungan kami. Padahal Ina dah pun berjumpa anak-anak dia secara berdepan ... hahaha isteri dia Ina tak jumpa la.

Selepas pertemuan pertama, dia selalu datang jumpa Ina. Setiap hujung minggu - samada Sabtu atau Ahad - dia akan menjemput Ina bawa ke KL makan-makan shopping-shopping dah hantar Ina balik. Itu lah rutin kami. Ina boleh keluar hujung minggu saja, hari-hari biasa Ina ada class. Ina makin sayangkan dia, dan dia juga.

Suatu hari dia ada kerja di Kuantan. Dia bawa Ina bersama. Kami bermalam di Vistana Hotel. Seperti biasa - seperti di Penang tempoh hari - dia tidak mengapa-apakan Ina. Pagi keluar kerja balik petang kami keluar makan, balik bilik menonton TV pas tu tido ... ringan-ringan pasti ada lah.

Pagi Isnin, hari terakhir kami di Kuantan, hari kami nak balik KL, Ina ada class tapi petang. Bangun saja pagi tu, Ina pun tak tau nak cakap apa lagi, mungkin kerana dah sayang sangat kot. maklum la dah 3 bulan kami berkawan masa tu .... katanya dia "nak" sekali ... Ina pun dalam sedar tak sedar pagi-pagi buta tu, ... Ina merelakan ... Ina serahkan kepadanya untuk dinikmati ... habis Ina .................................................. selesai ... dia membisikan ketelinga Ina "Thanks sayang" ...

(kepada bakal suami Ina yang bakal Ina langsungkan pada cuti bulan Jun nanti ... Maafkan Ina - terima lah Ina seadanya. Yang berlaku biarlah ianya berlalu. Ina dah bertaubat)

Kami balik ke KL - Tiba di KL dia bawa Ina ke Honda Jalan Sg Besi? Entahlah Ina tak pasti sangat jalan nya. Yang Ina ingat di belakang Volvo ... dia tempah sebuah Honda Civic untuk Ina .. Ina macam terkejut beruk ... Ina tak minta pun. (kereta tu dah pun Ina serahkan kembali kepadanya baru-baru ini semasa kami nak berpisah)

Sampai hari ini Ina masih dan tetap sayangkan dia ... Tapi demi masa depan Ina dan juga keluarga Ina terpaksa lakukan ini semua - Tinggalkan dia. Ya Ina yang tinggalkan dia. Ina terpaksa.

Selepas siap kereta di daftarkan dia menghantar Ina balik. Ina dah tak sempat ke class hari tu. Hampir sebulan Ina dapat kereta. Kawan-kawan rumah bertanya. Ina cakap parents Ina yang kasi. Pak Usu juga tidak tahu sehingga ke hari ini.

Mulai sekarang dia tak perlu bersusah payah lagi datang menjemput Ina. Setiap hujung minggu Ina akan ke KL jumpa dia untuk lakukan "itu". Terus terang Ina dah ketagih. Ina nak selalu. Kalau boleh setiap hari Ina nak. Dan kami terus lakukan itu setiap waktu yang kami inginkan seperti suami isteri. Dia nak dia akan call Ina minta datang KL, Ina nak Ina call dia beritahu Ina nak datang .... dan seterusnya lah ... Tapi syukur selaaA 5 tahun kami bersama, Ina tak pernah sekalipun ter mengandung. Makan ubat maaaa

Walaupun Ina dah begitu dengan dia ... buat jahat ... tapi setakat itu saja. maksud Ina, Ina tidak pernah merokok, tidak pernah mengambil minuman keras. Dia tidak mengajar semua itu, Kebaikan Ina, Ina dapat memberhentikan dia daripada mengambil minuman keras. Katanya dulu sebelum kenal Ina dia minum tetapi setelah bersama Ina dia dah tak minum lagi kecuali merokok la. Alhamdullillah .... hanya yang dia ajar pada Ina adalah aksi-aksi di atas katil sahaja hahahahaha .. sorry you

Saat yang tak dapat Ina lupakan. Kami ke Kangar. Dia ada kerja di sana. Tiba di Kangar kawan-kawan nya ajak kami ke Hatyai untuk makan-makan. Jauh nya nak pergi makan pun ... Nasib baik, kerana dia dah pesan Ina bawakan paspot bersama.

Kami ke Hatyai dengan 2 lagi kawan-kawannya bersama isteri masing-masing. Tiba di Hatyai kami di bawa makan di sebuah restoran makanan Thai. Ala Ina tak lalu makan la. Tapi dah lapar makan juga la sikit ... selepas makan, kami di bawa kesatu tempat dengan kenderaaan 'tot-tot' .... masuk kedalam ... show bermula ... hahahahah Tiger Show (ada orang kata Thai Girl Show) tak tau yang mana satu betul ... Ina malu dengan kakak-kakak tu. Diaorang selamber jer tengok, Tapi malu-malu pun Ina tengok juga lah .... balik bilik kami pula buat tiger show nya ... jangan mare you ...

Ina masih ingat Kak Sal ( harap kak Sal masih ingat saya. Kita sama-sama ke Hatyai tengok Tiger Show dulu. Segala budi baik Kak Sal akan saya kenang sampai ke mati. Maaf kak Sal kita tidak mungkin berjumpa lagi, kerana saya telah tiada dengan nya lagi. Saya akan berkahwin dengan yang lain, pilihan keluarga, walaupun saya teramat sayang padanya)

Sorry yer malam ni Ina boleh tulis panjang-panjang, esok Ina tak kerje.
Hampir setiap kali dia outstation kalau hujung minggu saja Ina akan bersamanya. Seluruh semenanjung Ina akan ikut. Ina ni cemburu, Sabah and Sarawak saja Ina belum ikut. Masa panjang sangat kalau dia kesana. Kalau dia di Sabah n Sarawak kami hanya berhubung melalui telefon, Dia akan menemani Ina sehingga Ina terlelap.

Itu lah Ina dan dia. kami sama-sama memerlukan. Dia memerlukan kasih sayang Ina dan Ina perlukan kasih sayang dari dia. Dari budak baik yang tidak tahu apa-apa sampai lah Ina pandai segala-galanya. Terus terang Ina cakap dia pandai melayan dan mengambil hati Ina. Itu lah kelebihan orang berumur. Ina sanggup memandu seorang diri pertama kali dari Alor Setar ke KL semata-mata ingin bersamanya (Ina buat praktikal di Alor Setar masa tu). Itu lah betapa kuatnya ikatan kasih sayang kami.

Sehingga ke hari ini Ina tak dapat melupakanya. Bukan Ina nak salahkan parents Ina, sekiranya mereka benarkan, Ina sanggup berkahwin dengan nya. Biarlah tua pun tua lah, kerana dia lah yang meragut segala-galanya dari Ina. Parents tidak bersetuju Ina berkahwin dengan suami orang. Demi parents Ina terpaksa lupakan dia ... sehingga sekarang sesekali dia masih menghantar message buat Ina, tapi Ina terpaksa tidak membalas nya kerana Ina ingin setia kepada tunang Ina sepertimana Ina setia kepadanya dahulu.

Papa maafkan mama yer. Mama yang buat papa merana. Bukan niat mama ... Takdir dah tentukan kita jadi begini ... Demi Allah mama tetap sayang papa sampai akhir hayat mama .. tapi apakan daya mama, mama dah dimiliki, tapi bukan papa ... orang lain, orang yang bakal menjadi suami mama tak lama lagi ... doakan lah kebahgiaan mama ye papa.... mama sayang papa .... Assalamualaikum

... Ku ingin pertahankan ... sebuah kejujuran ... inginku bersamamu .... keakhir hayatku .... Namun ku tak berani ..... berjanji dengan pasti .... kita hanya merancang .... Tuhan yang menetukan - (SEGALANYA MUNGKIN - HEADWIND)
STONE: Apa diaorang ingat ni blog KISAH BENAR ker? Bangun pagi ni terdapat artikel dalam inbox email aku, kononnya kisah benar juga. Dari seorang isteri yang menduakan suami nya dari Pahang, ada boy-friend lain, suami orang juga katanya. Terpaksa lakukan itu semua kerana tidak mendapat layanan yang sepatutnya dari suami. Macam-macam di dunia ini ... Insyaallah akan aku paparkan untuk tatapan semua. bila-bila senang nanti.

4 comments:

Along said...

Nauzubillahiminzalik.....

Ya Allah.... Jauhkanlah TUNANGKU dari mempunyai sejarah silam seperti Ina ini Ya Allah.....

Kalau aku la yang jadi Tunang Ina tu dan tetiba dapat tau pasal benda ni......

Aku tak menolak akan menceraikan Ina ni depan mak-bapak dia dan depan semua orang.....

Alang-alang nak malu biar malu besar.....


Akhir kata......

Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik.... begitu jugak sebaliknya.........

noraini said...

salam

amat malang kes ini menjadi santapan ramai. aib perlu ditutup.di bimbangkan cerita begini menjadi perkara biasa. harap jangan lagi siar kisah begini. memualkan dan menjijikkan. Kedua-dua pihak lelaki tua dan perempuan dara jelas di tipu syaitan dan nafsu sarakah. Nauzubillah.

Anonymous said...

ina dah bertaubat jadi berikanlah dia peluang untuk bina hidup baru...moga dia akan bahagia bersama bakal suaminya yang akan dikahwini tak lama lagi dan bekas kekasihnya pula akan bahagia bersama isterinya..sampai akhir hayat

Anonymous said...

Tak dapat aku bayangkan bagaimana perasaan Tunang Ina apabila mengetahui yang bakal Isteri yang ingin dikahwininya itu sudah ditebuk tupai.....

BUKAN SEKALI MALAH BANYAK KALI.....

kalau Tunang Ina itu seorang lelaki normal yang berfikiran waras dan masih suci.... sudah tentu dia akan memikirkan kembali apakah dia patut meneruskan pertunangan tersebut....

bayangkanlah.....

LELAKI LAIN telahpun melihat aurat Ina dari hujung kepala hingga hujung kaki TANPA SEURAT BENANG.... malah bukan sahaja melihat.... malah telah menebuk 'Mahkota Termahal' yang dipunyai oleh setiap wanita bermaruah dengan penuh kelazatan dan kenikmatan WALAUPUN BARANG HALAL KAT RUMAH DAH TERSEDIA (isteri yang sah)....

Malah... apa yang membuatkan aku rasa sakit hati ialah ..

Lelaki lain itu TELAH MENGAJAR INA BEBERAPA POSISI SEKS yang berlainan dan TERBARU untuk meningkatkan lagi keseronokkan mereka berdua.....

biar aku berimaginasi skit apa yang laki tu ajar Ina :

Ina diatas lelaki itu dibawah, Ina dibawah lelaki itu diatas...... dan beratus lagi posisi Kamasutra yang mungkin diketahui oleh Lelaki Suami orang itu yang telah diajar kepada Ina untuk dipraktikkan atas katil...

Aku yang takde kena mengena dengan tunang Ina tu pun rasa darah aku mendidih bila baca cerita macam ni. Tunang Ina tu sendiri belum tentu pernah sentuh kulit Ina tapi laki lain dah RASA lubuk nikmat Ina...

Aku mintak Allah jauhkan aku dan keturunan aku dari terjebak dalam masalah maruah dan harga diri seperti ini.

Bagi sesapa lelaki diluar sana yang mempunyai tunang bernama INA ataupun hujung namanya INA.....

Cth : 1) Sarafina
2) Mazlina
3) Lina

dan sebagainya, BERHATI-HATILAH.....

Mungkin anda adalah lelaki malang tersebut.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive