28 May 2010

Lesen Judi : Demo Bachok gesa Awang Adek berhenti


BACHOK, 28 Mei — PAS mengadakan demonstrasi simbolik di sini hari ini dengan menggesa kerajaan pusat membatalkan pemberian lesen judi sukan jika tidak mahu pihaknya menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong pada 3 Julai ini.

“Kami meminta kerajaan membatalkan pemberian lesen sebelum 3 Julai, jika tidak akan mengadakan demonstrasi besar-besaran dengan berarak ke Istana Negara pada 3 Julai,” kata Bendahari PAS pusat, Dr Mohd. Hatta Ramli di sini hari ini.

Hatta merupakan salah seorang yang berucap pada majlis demonstrasi anti-lesen judi sukan yang diadakan di dalam kawasan Masjid Mahmodi.

Ahli Parlimen Bachok ialah Nasharuddin Mat Isa, yang merupakan Timbalan Presiden PAS. Bagaimanapun beliau tidak hadir disebabkan ada urusan penting di ibu negara.

Turut berucap ialah Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Zaki Ibrahim yang juga Setiausaha PAS Kelantan.

Demonstrasi ini diadakan di sini sebagai simbolik kerana Timbalan Kewangan Datuk Dr Awang Adek, yang mengumumkan perkara berkaitan dengan pemberian lesen judi sukan, merupakan pemimpin yang datang dari Bachok.

“Kami mahu Datuk Dr. Awang Adek yang pernah diturunkan dalam pilihan raya umum 2008 sebagai bakal calon Menteri Besar Kelantan perlu meminta maaf dan meletakkan jawatan.

“Saya terkejut mengapa Datuk Dr Awang Adek, sebagai seorang Islam mahu mengumumkan perkara ini... beliau perlu meminta maaf kepada orang Bachok, orang Kelantan dan rakyat Malaysia,” katanya. [seterusnya]

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive