20 May 2010

SPR jangan biadap - Kit Siang

Kit Siang: SPR Jangan Tuduh Sebarangan

DAP menyifatkan tuduhan biadap yang dilemparkan Suruhanjaya Pilihanraya sebagai tuduhan yang tidak berasas dari suruhanjaya yang angkuh enggan mengakui kesilapan.

Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang melahirkan rasa kesal dengan tuduhan Timbalan Pengerusi Datuk Wan Ahmad Wan Omar itu, yang dianggap berat-sebelah dan tidak menceritakan kejadian yang sebenarnya telah berlaku.

Lim Kit Siang berkata demikian mengulas kenyataan Datuk Wan Ahmad yang menuduh DAP sebagai biadap kerana mengganggu gerak-kerja SPR pada hari pengiraaan undi Pilihanraya Kecil Sibu.

Wan Ahmad membidas tindakan petugas DAP yang mempersoalkan kelembapan ejen-ejen SPR mengira kertas undi pos pada hari tersebut, walaupun proses undi pos telah selesai dijalankan beberapa hari sebelum itu.

“Sekiranya dia kata DAP biadap, dia harus memikirkannya lebih sebelum bercakap begitu, pemimpin DAP telah menunjukkan contoh yang betul dan baik untuk semua rakyat Sibu supaya setiap daripada kita bekerja secara bebas dan demokraktik,” katanya.

Pilihanraya Sibu 16 Mei lalu menyaksikan BN gagal mempertahankan kerusi yang menjadi kubu kuatnya sejak 28 tahun lalu apabila calon BN Robert Lau Hui Yew tewas kepada calon Pakatan Rakyat dengan majoriti 398 undi.

Keputusan penuh PRK Sibu bagaimanapun hanya diumumkan dua jam lebih lewat dari yang dijangkakan, selepas DAP mempersoalkan identiti pengundi-pengundi mencurigakan dalam kertas undi pos.

110 peti undi biasa menyaksikan DAP mendahului dengan 2,600 undi. Selepas saringan peti undi pos dilakukan, lebih 300 kertas undi pos ditolak.

SPR dilaporkan akan mengenakan pelbagai peraturan baru dalam pilihanraya akan datang.

“Kesemua pilihan raya itu tidak hanya melibatkan seorang sahaja tetapi ia membabitkan semua rakyat di dalam negara ini dan dia perlu faham negara ini bukan untuk dia seorang,” katanya. TVSelangor

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive