26 June 2010

Akhirnya Najib tunduk - Lesen Judi Tidak Akan Dikeluarkan

Kerajaan batal keputusan beri lesen judi sukan kepada Berjaya

Oleh G. Manimaran
June 25, 2010

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Kerajaan dalam tindakan drastik yang mengejutkan banyak pihak memutuskan untuk tidak mengeluarkan lesen sukan judi kepada Ascot Sports syarikat milik jutawan Tan Sri Vincent Tan.

Keputusan itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini malam ini.

Najib memberitahu mesyuarat malam ini sebulat suara bersetuju dengan keputusan tersebut.

“Pada dasarnya kerajaan bersetuju untuk memberikan kelulusan kepada Ascot yang mahu lesen itu diperbaharui sejak 1990, tetapi kerajaan memutuskan untuk tidak memberikan kelulusan,” kata beliau.

Najib yang juga Menteri Kewangan memberitahu syarikat itu telah dimaklumkan mengenai keputusan itu.

“Ascot Sports telah dimaklumkan mengenai keputusan ini, mereka maklum keputusan ini,” katanya lagi.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan bila keputusan itu dibuat.

Bila keputusan dibuat tidak penting, kata beliau.

Langkah kerajaan untuk memberikan lesen kepada syarikat itu mendapat bantahan Pakatan Rakyat sejak dua bulan lalu.

Sejak dua minggu lalu beberapa Badan Perhubungan Umno Negeri juga menyatakan bantahan dengan langkah itu.

Bagaimanapun beberapa komponen Barisan Nasional bersetuju agar lesen itu diberikan bagi mengawal pertaruhan haram.

Pakatan Rakyat dan beberapa badan bukan kerajaan kini merancang untuk mengadakan perhimpunan aman pada 3 Julai ini.

Mereka juga telah menghantar memorandum kepada semua ahli Parlimen awal bulan ini dan kepada Perdana Menteri Selasa lalu. - TMI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive