25 June 2010

Balasan Allah kepada isteri curang

Budak tu anak aku? Tolong sikit....bila masa aku sentuh badan kamu tu?
Hah?"

Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasid
untuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus
membesar. Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapun
doctor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor,
kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut.

Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan. Perut kian memboyot sedangkan
anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya. Dia menjadi melukut
di tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendak
mengadu dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja.

Tidak ada jalan lain, Normah meminta Razali menghantarkan dia ke rumah
ibunya. Tentu saja Razali tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan.

Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan.

"Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik
perut kamu dah besar macam ni. Huh...memang patut pun Razali buat macam
ni. -[seterunya DI SINI]

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive