Penganjur kempen Bantah: Selamatkan Rakyat yang akan bermula 9 Ogos ini berharap pihak polis tidak mengganggu program ceramah pertamanya di Kampung Kerinchi, Pantai Dalam.
Penyelaras Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) Dr Hatta Ramli (kiri) berkata, program ceramah itu akan dijalankan di sebuah tapak pasar malam di kawasan tersebut.
Tambahnya, penganjur juga tidak perlu memohon permit bagi menjalankan program berkenaan.
"Kita menganggap tidak perlu mohon permit sebab sememangnya ada aktiviti orang ramai yang berhimpun di situ," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau yang juga bendahari PAS berkata, parti itu dijangka menurunkan naib presidennya Salahuddin Ayub sebagai penceramah.
"Buat masa ini kita masih tunggu nama daripada PKR dan DAP serta anggota PROTES yang lain," katanya.
Selain parti politik, PROTES juga dianggotai kesatuan sekerja dan NGO termasuk Suara Rakyat Malaysua (Suaram), dan Jemaah Islah Malaysia dan Kumpulan Budayawan Bertindak.
Tambahnya, persatuan pelajar seperti Solidariti Mahasiswa Malaysia, Kumpulan Mahasiswa Independent, Budayawan Bertindak and Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia juga akan menyertai program berkenaan. ... SETERUSNYA

No comments:
Post a Comment