24 August 2010

Ditawar RM300ribu tutup mulut bekas mentari pindah wang RM25juta

Oleh Rahmah Ghazali

KAPAR: Beliau ditawarkan sebanyak RM300,000 untuk menutup mulut dalam skandal pemindahan wang secara haram melibatkan bekas Menteri Kerjaraya Mohd Zin Mohamed tetapi apabila janji itu tidak ditunaikan maka beliau bertindak membuka rahsia.

Menurutnya, Mohd Zin yang dilantik ketika pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi didakwa terlibat dengan aktiviti memindah wang haram daripada seorang agen jualan am di Bangladesh bernilai RM25 juta.

Mohamad Tahir Fazal Mohd, yang juga rakan kongsi bekas menteri itu memberitahu para pemberita di sini bahawa beliau telah membuat laporan terhadap bekas menteri itu dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2004.

Bagaimanapun, pihak berkuasa gagal bertindak ke atas laporan itu kerana Mohd Zin yang juga ahli parlimen Sepang mempunyai hubungan akrab dengan bekas perdana menteri Abdullah, yang lebih mesra dipanggil Pak Lah itu.

"Pegawai-pegawai BPR berkata mereka perlu mendapat kebenaran daripada Pak Lah terlebih dahulu sebelum memulakan siasatan ke atas kes ini. Bekas menteri itu kemudian digugurkan dari kabinet sebaik sahaja (Perdana Menteri) Najib (Tun Razak) mengambil alih pentadbiran," terang beliau.

Walaupun terpaksa menunggu selama enam tahun untuk mendedahkan perkara ini, Tahir berkata sekarang ini adalah masa yang sesuai kerana beliau mendapat semua bukti dan kini bersedia untuk diserahkan kepada SPRM.

Menerangkan lebih lanjut, beliau berkata, bekas menteri itu buat pertama kali terlibat dalam pemindahan wang haram dengan menggunakan kedudukannya sebagai pengerusi Silkways Cargo Services Limited dan wakil Malaysia Airlines System (MAS) untuk tiket penerbangan dan kargo di Bangladesh.

Dan beliau tidak berhak ke atas wang tersebut, kata Tahir, kerana beliau tidak pernah didaftar sebagai pengerusi dan pemegang saham syarikat itu, sepertimana yang dikehendaki di bawah Pendaftar Syarikat-Syarikat Usahasama Saham Bangladesh.

Tahir berkata, hubungan bekas menteri itu dengan syarikat hanya berdasarkan persetujuan rahsia yang ditandatangani pada 18 September 2000 di Kuala Lumpur dan tidak pernah diiktiraf oleh Bank Pusat Bangladesh yang membolehkan beliau menerima keuntungan secara sah.

"Beliau juga tidak mendaftar namanya dalam Lembaga Pelaburan Bangladesh, satu keperluan untuk rakyat asing yang mempunyai kepentingan dalam mana-mana syarikat," katanya. Pengarah Urusan ditahan, pengerusi bebas ?

Tahir seterusnya mendedahkan bahawa Pengarah Urusan Silkways Cargo di Bangladesh, SK Farid Ahmed Manik, yang didakwa memindahkan wang kepada bekas menteri, pernah ditahan oleh pihak berkuasa Bangladesh pada 2007.

Beliau juga memberi akuan bersumpah kepada pihak berkuasa dan media pada tahun yang sama mengenai hubungannya dengan bekas menteri itu dan bagaimana beliau memindahkan wang secara haram kepadanya," katanya.

Tahir turut menuduh bekas menteri itu "menipu" MAS dengan menyediakan Jaminan Peribadi Pengarah-Pengarah pada 2001 walaupun "beliau tahu beliau bukan pengarah berdaftar syarikat itu.

"Dan bagaimana MAS tidak tahu tentang perkara ini?," soal beliau, menambah bahawa "orang-orang" bekas menteri itu cuba "menyogok"nya supaya menutup mulut.

"Apabila beliau (bekas menteri) bertanding untuk kerusi Majlis Tertinggi Umno pada 2005, saya mengugut untuk mengedarkan semua bukti kepada para perwakilan.

"Saya ditawarkan wang ringgit supaya berdiam diri tapi saya tidak dibayar walau satu sen. Saya bersedia untuk disaman dan saya mempunyai kesemua bukti untuk melibatkan beliau dalam kes ini," katanya.

Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam yang mengiringi Tahir dalam satu sidang media hari ini, juga mendesak supaya pihak berkuasa bertindak segera tentang perkara ini.

"Tapi kami bukan hendak menjatuhkan sesiapa kerana beliau adalah seorang ahli parlimen tapi kami mahu penyiasatan tentang kes ini kerana terdapat kes untuk mendakwa beliau," katanya.

Ahli Parlimen itu berkata mereka akan memberi semua bukti dokumen kepada SPRM hari Khamis ini.

Percubaan untuk menghubungi bekas menteri itu untuk mendapatkan komen gagal kerana panggilan telefon tidak dijawab. Sebelum ini, beliau menafikan melakukan sebarang kesalahan. - Free Malaysia Today

STONE: Setiap kesalahan-kesalahan yang melibatkan jerung-jerung politik/kabinet, pihak berkuasa perlu mendapatkan kebenaran Tok Ketua dulu sebelum boleh melakukan siasatan. Kes ini terjadi di zaman pak lah ... Sebenarnya amalan tersebut berterusan sehingga kini. Samada polis atau SPRM perlu mendapat kebenaran PM terlebih dulu sebelum boleh menyiasat sebarang salahlaku menteri-menteri kabinet atau orang-orang kuat politik umNO/BN khususnya.
Apakah ini menunjukkan kerajaan kita benar-benar telus?
Telus kepala bapak depa .... cakap tak serupa bikin ...

2 comments:

Anonymous said...

Kalau dah keturunan Umnopco ni pegana amanah Rakyat semua jadi mak bapak dia punya harta.Sebabnya kita dak 20 tahun lebih digula gulakan puak puak umnopco ni dari bapak cek Det.Kalau masa yang begitu lama kita masih kita tidak menolaknya bererti Nasib kita allah takkan merubahnya kecuali kita sendiri merubahnya.

Anonymous said...

Patutlah puak-puak ni tak kesahpun dengan harga barang-barang keperluan harian naik sebab depa ni banyak duit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive