24 August 2010

PELIK : Isteri ditunangkan dengan lelaki lain

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan warga Australia ‘menyerah diri’ kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), apabila meminta pihak berkuasa itu melakukan siasatan terhadap pernikahannya dengan seorang wanita.

Najim Alden Mohammad Saide, 39, yang berkahwin dengan seorang wanita tempatan berusia 26 tahun di Singapura pada 23 April tahun lalu, mahu Jais melakukan siasatan terhadap dia dan pasangannya.

“Saya membuat aduan di pejabat agama di Shah Alam supaya ada siasatan. Berikutan itu, kami akan dipanggil pada 25 Ogos ini,” katanya.

Pada 5 November tahun lalu dia memfailkan permohonan pengesahan nikah mengikut Seksyen 12 (2), Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. Penghujahan kes terbabit difailkan pada 16 Ogos lalu dan akan diputuskan pada 14 Oktober depan.

Dalam satu lagi permohonan iaitu perintah injunksi yang dibuat mengikut Seksyen 199 dan 200 Tatacara Mal Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, baru-baru ini, dia mendapat perintah bagi menegah isterinya berkahwin lain.

Mahkamah mengekalkan perintah tegahan berkahwin terhadap isterinya itu sehingga kes permohonan pengesahan nikah mereka berdua selesai.

Sementara itu, Najim berkata, dia terkilan dan kesal selepas mengetahui isterinya ditunangkan dengan seorang pemuda baru-baru ini, sedangkan kes pengesahan pernikahan mereka masih berjalan. - myMetro

1 comment:

Anonymous said...

Bro linkkan blog gua http://hasfazanizam.wordpress.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive