11 August 2010

Hubungan Najib - Muhyiddin memang retak

Pakatan: Benar wujud, keretakan hubungan Najib-Muhyiddin bukan satu rahsia

Oleh Shazwan Mustafa

KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hari ini menegaskan dakwaan wujudnya keretakan dalam hubungan antara Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah “benar dan memang wujud”, dan bukan satu rahsia besar.

Sehubungan itu, kata pemimpin-pemimpin yang dihubungi, suasana itu menggambarkan ketidaktentuan Umno sama ada Barisan Nasional (BN) benar-benar boleh kekal berkuasa dengan pembaharuan dibawa oleh perdana menteri.

Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Zaid Ibrahim berkata, walaupun Muhyiddin menjelaskan panjang lebar bahawa kedua-dua mereka mempunyai hubungan baik sehingga kini, memang wujud keretakan dalam gandingan Najib dan Muhyiddin.

Malah kata beliau, keadaan itu sudah tentu akan memberi kesan besar kepada BN untuk mendapatkan balik sokongan dan memulihkan kedudukannya selepas prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-13.

“Memang wuju keretakan. Sesiapa sahaj boleh melihat,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Semalam, Tan Sri Muhyiddin yang juga timbalan kepada Najib di Umno menolak khabar angin kononnya beliau mengalami krisis hubungan dengan bosnya Najib.

Katanya, hubungannya dengan Perdana Menteri adalah baik dan sokongannya kepada Najib tidak perlu dipertikai dan diragui semua pihak.

“Saya nak sebutkan kerana saya terasa terpanggil bila Datuk Seri Dr Rais Yatim (Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan) kata kepada saya, dalam muka akhir itu (buku Najib Tun Razak-Melakar Transformasi Malaysia) gandingan mantap “Najib-Muhyiddin” dan itu sudah disahkan.

“Cuma saya nak maklumkan memang tidak ada pihak yang harus meragui sokongan padu yang saya berikan kepada Perdana Menteri sejak awal lagi sampai sekarang ini,” katanya ketika majlis pelancaran buku “Najib Tun Razak-Melakar Transformasi Malaysia”.

Muhyiddin berkata khabar angin yang mengatakan bahawa hubungannya tidak baik dengan Najib itu sengaja ditimbulkan “pihak sebelah sana”.

Zaid berkata, selepas pilihan raya umum 2008 ramai beranggapan bahawa Umno akan kembali kukuh setelah memaksa bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan pucuk kepimpinan.

“Ia (keretakan) memang benar, ia bukan satu perkembangan baru dalam Umno,” katanya.

“Pada masa yang sama mereka menyalahkan Pak Lah. Muhyiddin sudah tentu akan menyalahkan Najib,” katanya. ... seterusnya

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive