Khatib terus doakan Guan Eng
Oleh Amin Ridzuan Ishak
BUTTERWORTH: Kejadian khatib menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng, dalam doa khutbah kedua solat Jumaat terus berlaku walaupun pelbagai pihak sudah menyatakan bantahan.
Kelmarin, insiden berlaku di Masjid Kubang Buaya, Bagan, di sini, dan lebih mengejutkan adalah khatibnya ialah Zakaria Ahmad, iaitu individu yang turut membacakan doa tanpa menyebut nama Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya menggantikan nama Guan Eng dalam beberapa kes sebelum ini.
Beberapa saksi yang menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan mendakwa mendengar Zakaria yang juga adik kepada Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad membacakan doa seperti berikut:
“Ya Allah Ya Tuhanku, Kau Selamatkanlah Pemimpin Kami Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng dan rakan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang.”
Bagaimanapun, Zakaria tidak ada mendoakan kesejahteraan Tuanku Mizan sebagai Ketua Agama Islam Pulau Pinang dan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas yang sepatutnya dibacakan dalam doa kedua solat Jumaat.
Berang dan marah dengan tindakan khatib itu, tiga saksi yang mendengar doa berkenaan, Mohd Shahril Harun, Mohd Radzi Hussain serta Muhammad Fahmie Omar, membuat laporan di Balai Polis Butterworth sambil ditemani pemimpin Pemuda UMNO Pulau Pinang, kira-kira jam 11.30 pagi.
Hadir sama, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Naina Merican dan Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin.
Satu lagi laporan dibuat oleh Kariah Masjid Padang Menora, Tasek Gelugor, kira-kira jam 2.30 petang semalam oleh Suid Saad. Laporan itu merujuk kepada khutbah Jumaat di masjid berkenaan pada 26 Jun lalu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub, ketika dihubungi, mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan kejadian itu dan sudah memulakan siasatan.
“Tetapi kami belum mengklasifikasikan kes terbabit untuk disiasat mengikut seksyen mana kerana memerlukan kajian mendalam terlebih dulu,” katanya - BH

No comments:
Post a Comment