KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Felda akan mengambil tindakan terhadap firma guaman yang terbabit dengan kes tuntutan 354 peneroka Kemahang 3, Kelantan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata Felda kini sedang mengkaji dan meneliti apakah tindakan yang boleh diambil terhadap firma guaman terbabit kerana menjadi punca utama kekalahan kes itu.
“Ketidakhadiran peguam atas sebab teknikal tersebut amat dikesali dan telah mencemarkan nama baik Felda,” katanya dalam satu kenyataan media yang diedarkan selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini hari ini.
Semalam, Mahkamah Persekutuan Malaysia telah menolak permohonan Felda berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengetepikan rayuan Felda terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kota Baharu pada 13 Januari 2008.
Dengan keputusan itu, Felda akan menyerahkan wang penghakiman berjumlah RM11 juta (termasuk faedah) seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kota Baharu.
Ahmad berkata kekhuatiran pihak Felda ialah kes ini telah disalahtafsir oleh pihak peneroka dan menyebabkan dua kes lain atas tuduhan yang sama tentang perahan minyak sawit telah difailkan oleh peneroka Felda Maokil, Pagoh dan Felda Gugusan Raja Alias, Negeri Sembilan.
“Ingin ditegaskan bahawa keputusan yang diberikan oleh Mahkamah Persekutuan ini bukan disebabkan oleh wujudnya penipuan, konspirasi dan sebagainya di pihak Felda seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak,” katanya.
Beliau berkata segala urusan adalah telus dan resit jual beli diberikan kepada setiap peneroka yang menjual sawit kepada Kilang Felda.
“Jika mereka tidak bersetuju terhadap kenyataan pada resit itu, perlulah segera menyatakannya pada kilang Felda dan bukan mengumpulkan tuduhan kononnya ada penyelewengan dalam satu jangka masa yang panjang,” katanya.
Justeru itu, peneroka diminta jangan terpengaruh dengan desakan pihak-pihak yang berkepentingan dalam usaha menyaman Felda, katanya. — Bernama

2 comments:
apa barang?....
kalau felda boleh buktikan tuduhan peneroka itu salah...apa nak dirisaukan.??.
walau pun seluruh peneroka satu dunia menyaman felda...?
berani kerana benar..kalau takut tandanya salah....
kah kah kah kah kah kah ...
Inilah dia rupa paras atau wajah sebenar mereka. Adakah mereka ini terlalu angkuh atau boleh diistilahkan sebagai "biadap terlampau"?.
Akibat daripada tidak sanggup menerima "kekalahan di mahkamah" mereka sanggup pula menyaman firma guaman yang mengambil kes ini.
Alahai buruk nya perangai mereka...betul-betul dah jadi perosak negara.
Post a Comment