STONE: Jadi betul la 2 orang ni tak "sebulu". Betul la, semalam Muhyiddin ada menafikan tentang hubungannya dengan Najib yang katanya ia baik ... Tapi dalam UMNO ni kita selalu terima yang bertentangan ... kalau betul baik masakan boleh menjadi tajuk berita ... hahaha lantak korang ... cepat sikit lenyapnya UMNO dan kerjaan BN sekarang ni ...
MEB: Najib, Muhyiddin bercanggah pendapat
Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin sengaja menggunakan isu kaum bagi menunjukkan seolah-olah beliau tidak pro-Melayu dalam isu pemberian diskaun kepada Bumiputera.
"Dia (Muhyiddin) hendak tunjukkan kepada masyarakat seolah-olah kita bukan pro-Melayu.
"Padahal kita terima dasar afirmatif untuk membantu orang Melayu yang miskin," kata Khalid (kanan) ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Beliau turut menempelak timbalan perdana menteri, yang didakwa cuba melaga-lagakannya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu diskaun untuk pembelian hartanah mewah itu.
Namun, percanggahan dilihat lebih ketara di antara Muhyiddin dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menunjukkan pandangan bertentangan dalam melaksanakan Model Ekonomi Baru (MEB), katanya.
"MEB dan ekonomi menyatakan bantuan akan diberikan atas dasar merit dan keperluan yang merentasi kaum. Jadi saya khuatir pandangan dia (Muhyiddin) yang lebih banyak bercanggah dengan pendapat Najib," katanya lagi.
Khalid yang juga ahli biro politik PAS berkata, percanggahan itu berlaku apabila Muhyiddin mencabarnya supaya menyatakan pendirian untuk memperjuangkan nasib Melayu sedangkan pelaksanaan MEB berdasarkan merit ... seterusnya

1 comment:
Dua ekor lanun berperang untuk menjadi kapitan kapal yang kian karam...sepatutnya mereka kena balik kepada Islam.....maklumlah nyawa dah sampai kat halkum.....kena bawa bertobat banyak-banyak dan kena minta ampun dengan rakyat kerana selama ini banyak sangat depa menipu!!!
Post a Comment