04 September 2010

Detik cemas seorang wanita diawal pagi

KUALA LUMPUR: Detik mencemaskan bagi seorang wanita apabila dia diculik empat lelaki dan diheret menaiki sebuah van di hadapan sebuah pasar raya di Kepong di sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira 6.55 pagi itu, mangsa berusia 31 tahun itu tergamam apabila ditarik sebelum diseret ke dalam van bernombor pendaftaran WTH5050.

Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, wanita itu diikat menggunakan baju luar yang dipakainya manakala belakangnya turut dipukul.

“Kami percaya nombor pendaftaran van palsu dan masih siasat sama ada van itu dicuri atau tidak,” katanya.

Zakaria berkata, wanita itu turut diarah menyerahkan telefon bimbit dan beberapa dokumen penting miliknya.

“Mangsa tidak dapat mengecam muka keempat-empat suspek, tetapi pasti keempat-empat mereka orang tempatan.

Menurutnya, selepas penyamun mengambil barangan terbabit, wanita itu dicampak di Stesen Komuter Sungai Buloh dalam keadaan tangan terikat.

“Mujurlah ada dua wanita nampak kejadian itu membantu membuka ikatannya.
Setakat ini, jumlah kerugian belum dapat dipastikan,” katanya. = Metro

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive