09 September 2010

DSAI Presiden, DSWA Timbalan - Majlis Maufakat

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat merupakan Penasihat PKR.

KUALA LUMPUR, 9 Sept — Di sebalik “kehangatan” menjelang pemilihan bahagian dan pusat PKR, Majlis Muafakat Kepemimpinan Selangor mengesyorkan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan Presiden manakala isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula menyandang jawatan nombor dua.

Majlis itu mengesyorkan tindakan tersebut jika usaha berkompromi mengelakan pertandingan sengit — yang dikhuatiri mencetuskan “politicking” melampau — dengan mengekalkan status-quo gagal.

“Dengan ini, calon-calon yang telah menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden hendaklah menarik diri,” kata Majlis Muafakat Kepemimpinan PKR Negeri Selangor dalam satu kenyataan dikeluarkan di Petaling Jaya hari ini.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Syed Shahir Syed Mahamud selaku Pengerusi majlis itu dan Abd Kudus Omar sebagai timbalannya.

Syed Shahir merupakan Ketua PKR Kelana Jaya dan Timbalan Pengerusi PKR Selangor manakala Abd Kudus pula Ketua PKR Tanjung Karang.

Kata kenyataan itu, majlis itu telah memutuskan bahawa usaha-usaha strategis perlu dilakukan untuk mempastikan supaya proses pemilihan kepimpinan PKR dapat dilaksanakan secara demokratik dan harmonis seterusnya benar-benar dapat memperkasa perpaduan serta kejituan kepemimpinan parti pada masa depan.-THE MALAYSIAN INSIDER

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive