06 September 2010

Gambar 'superimpose' : umNO/BN marah sebab saya haramkan judi bola : LGE

PULAU PINANG, 6 Sept — “Saya masih waras dan tahu menilai majlis apa yang dibolehkan ketika bersama masyarakat Islam,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika membidas dakyah terbaru Umno kononnya beliau menyembelih lembu korban.

Lim berkata, tindakan meletakkan gambarnya dengan wajah bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaludin sengaja dilakukan untuk mencetuskan kemarahan umat Islam selepas isu khutbah bulan lalu.

Justeru, kata Lim, beliau yakin yang rakyat tidak akan tunduk dengan fitnah tidak berasas seperti itu yang mempunyai maksud untuk merosakkan perpaduan kaum.

Ketua Menteri percaya bahawa punca utama kemarahan kepimpinan Umno dan BN terhadap kepimpinanya ialah apabila mengharamkan judi bola baru-baru ini.

Disebabkan pengharaman tersebut kerajaan kehilangan sumber pendapatan yang besar.

“Bila kerajaan Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan mengharamkan judi bola, ramai yang marah. Malah ada yang anggap ia tindakan jahat kerana menghalang sumber pendapatan negara,” jelas Lim.

Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang berbuat demikian baru diikuti oleh beberapa negeri lain sehingga membuatkan kerajaan pusat terpaksa mengubah keputusan mengharamkan kononya mendapat bantahan banyak pihak.

Kelmarin, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan buruk yang semakin ketara ditonjolkan oleh Umno dan BN bagi mempengaruhi rakyat supaya menyokong mereka.

Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata, fitnah yang semakin berleluasa kebelakangan ini bukan saja menggambarkan imej buruk parti tersebut tetapi juga menjatuhkan moral kepimpinan mereka.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menggesa masyarakat khususnya orang Melayu supaya tidak mempercayai segala muslihat terdesak yang cuba dipelopori oleh Umno dan BN.

Setiausaha Umno Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim mencabar Pakatan Rakyat menunjukkan bukti berhubung tuduhan mereka yang mengatakan Umno menyebarkan gambar seumpama itu. - TMI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive