07 September 2010

Harussani, siapa yang patut menutup aurat?


Ini adalah kenyataan Mufti Perak, Harussani Zakaria mengenai kes AP Serdang Teo Nie Ching yang dikatakan memberi tazkirah di surau Al-Huda Kajang baru-baru ini, dengan berada di dalam surau tersebut tanpa menutup aurat, lanjutan kepada kenyataan najib razak J/Kuasa surau nafi kenyataan Najib MP Teo sampaikan tazkirah yang dipetik TMI

Bagaimanapun Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bersetuju dengan Najib bahawa Teo telah melanggar fatwa yang sedia ada keputusan dibuat Majlis Fatwa Kebangsaan terpakai kepada semua termasuk bukan Islam.

“Ia satu undang-undang dan semua orang terikat dengannya. Dalam kes ini, beliau bertindak bertentangan dengan fatwa kerana beliau tidak menutup rambut ketika masuk ke surau dan beliau juga menyampaikan ucapan di ruang solat,” kata beliau.

“Bukan Islam boleh masuk masjid, tetapi mereka juga mesti menghormati peraturan dan kesucian (premis).
Ini bermakna mereka mesti tutup aurat,” katanya.
STONE : Aku nak tanya Harussani ... Bagaimana dengan bini Najib? ... adakah kerana beliau bini seorang PM maka beliau dikecualikan dari fatwa tersebut. Sudah banyak gambar-gambar si gemuk tu berada di dalam masjid dengan menampakkan jambul nya, tapi sehingga kini baik Mufti, baik menteri agama tiada seorang pun berani bersuara tentang kejahilan rosmah? Kenapa mesti ada 'double standard di sini? Balik-balik kes Teo yang diulang cerita ... Kenapa? Adakah hanya kerana dia wakil rakyat pembangkang?
Kalau betul hendak mengikut fatwa tersebut rosmah juga patut dihalang dari memasuki masjid kerana rosmah juga tidak menutup aurat. ....
Sebagai wanita Muslim, Rosman WAJIB menutup aurat tak kira dimana beliau berada.
Harussani, bercakaplah atas landasan Islam, bukan kerana politik atau sekadar mahu menjaga periuk nasi kalau mahu dihormati sebagai seorang Mufti yang berwibawa. Pls .... be fair

2 comments:

Anonymous said...

Mana mamat ni berani tegur? Najib sendiri pun takut kat bini dia.

Anonymous said...

Menurut datuk nikah kahwin, Ros tak perlu tutup aurat sebab dia tak menaikkan nafsu lelaki yg melihatnya.Ostad dlm majlis tu pun ok aje. Undang-undang kanda yg bikin, boleh kasi padem...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive