14 September 2010

Jurugambar dan pemberita ditahan polis dilokasi pembunuhan Sosilawati

BANTING: Dua jurukamera video dan seorang pemberita ditahan anggota polis yang berkawal di Ladang Gadong, Tanjong Sepat, lokasi yang dipercayai menjadi tempat jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dibunuh dan dibakar.

Mereka ialah jurukamera agensi berita Xin Hua Lim Ling Fong, stringer NTV7 Mohd Shahif Ibrahim dan wartawan portal berita Malaysian Insider Yow Hong Chieh.

Ketiga-tiga mereka ditahan kira-kira 4.15 petang Isnin ketika cuba menyusup masuk ke ladang ayam, tempat di mana kesemua mangsa dipercayai dibunuh dan dibakar.

Namun mereka hanya berjaya menyusup masuk kira-kira 200 meter dari tempat polis berkawal, iaitu di kawasan pintu masuk jalan ke ladang berkenaan.

Selepas ditahan, mereka diarah menaiki kereta peronda polis sebelum dibebaskan pada 5.43 petang kira-kira 50 meter dari tempat mereka ditahan.

Mohd Shahif berkata ketika ditahan, anggota polis cuma memeriksa kad pengenalan mereka dan memberi amaran agar tidak lagi menceroboh tempat kejadian.

Dalam kejadian itu, Sosilawati, 47, menjadi mangsa pembunuhan kejam bersama pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32,. - BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive