13 September 2010

Kes Sosilawati : Noorhisham patut sambut harijadinya hari ini

Adik tiri Noorhisham, Raja Azizul Amri Raja Aziz

Pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38 yang hilang bersama Datuk Sosilawati, seorang peguam dan pemandu peribadi Datuk sepatutnya menyambut hari jadinya yang ke-38 hari ini - Isnin 13 Sept.

Krew BERNAMA TV sedang menemuramah Naib Setiausaha Perdana Owners Club
Saudara Shahrul Hashimi Sharif yang hadir bersama ahli-ahli kelabnya

Aku bersama krew BERNAMA TV sempat kerumah beliau di Taman Seraya, Cheras selepas mereka mendapat info yang mengatakan keluarga Noorhisham akan mengadakan tahlil dan doa selamat sempena dengan hari jadi beliau hari ini.

Suasana di dalam rumah Noorhisham ketika majlis tahlil diadakan

Sekitar 100 orang penduduk tempatan telah menyertai tahlil dan doa selamat tersebut, termasuklah ahli-ahli dari Perdana Owners Club yang mana Noorhisham adalah Timbalan Presiden kelab kereta tersebut.

Suasana sedih menyelubungi majlis tahlil malam ini. Majlis selesai sekitar jam 10 malam

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive