13 September 2010

Kes Sosilawati : Saya makan bersama suspek utama pada 8 Sept lalu - Datuk T Murugiah

Suasana di depan rumah Datuk Sosilawati

Proton Perdana Executive Datuk T Murugiah


Datuk T Murugiah bersalaman dengan keluarga Datuk Sosilawati

Datuk T Murugiah sedang menjawab pertanyaan pemberita di luar rumah

Bersalaman dengan keluarga DAtuk Sosilawati sebelum berlepas pulang

Tidak seperti yang dikhabarkan terdahulu yang mana keluarga tertuduh Datuk Padmanaban akan datang menemui keluarga Datuk Sosilawati, sebaliknya yang muncul adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah.

Selepas berada hampir 1 jam di dalam rumah Datuk Sosilawati, akhirnya Datuk T Murugiah keluar menemui pemberita yang sejak awal lagi menanti.
"Ini bukan lah isu kaum, antara Malayu daengan India" kata Datuk Murugiah.

"Sebenarnya orang India juga marah dengan kejadian ini. Ramai yang menalipon saya dan marah-marahkan yang tertuduh" katanya lagi.

Datuk Murugiah juga berterima kasih pada pihak polis dan berharap agar penjenayah ini tak terlepas. Katanya lagi "sebenarnya keluarga Datuk (Sosilawati) masih boleh menaruh harapan kerana keputusan DNA masih belum didapati sehingga ke saat ini".

Terang Datuk Murugiah lagi beliau bersama tertuduh utama Datuk Padmanaban pada 8 Sept lalu kira-kira jam 6.00 petang bersama-sama dalam satu majlis penyampaian 'hamper' untuk orang-orang asli di Banting. "Itu lah pertama kali saya bertemu dia" jelas Datuk Murugiah.

"Saya tidak mengenali beliau sebelum ini, dan beliau ada mengatakan kepada saya untuk menyertai MIC selepas ini"

"Kami makan bersama. Dia (Padmanaban) duduk sebelah saya" terang Datuk Murugiah
Menjawab pertanyaan pemberita, dengan ketawa Datuk Murugiah menjawab "Kita tidak akan menerima penjenayah menyertai MIC"
Sekali lagi beliau amat berharap agar polis dapat menjalankan siasatan terperinci dan memastikan agar penjenayah dapat dibawa kemuka pengadilan secepat mungkin.

Datuk T Murugiah berlepas pulang sekitar jam 6.00 ptg tadi

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive