30 September 2010

Kereta Perisai tak siap ... kerajaan terpaksa lanjutkan 6 bulan lagi.


MS : Tak pa, yang diberi kontrak bekalkan kereta perisai tu syarikat adik beradik juga - Deftect - anak syarikat DRB Hicom .... hahahaha ... macam tu lah kerja depa. Yang dapat projek besar-besar adalah dari kalangan kawan-kawan, kroni-kroni, sedara mara ... tak siap pada masa ditetapkan dilanjutkan tempoh lagi .... jangan bila siap esok tak berfungsi pulak sudah lah macam kapalselam yang tak boleh selam di Teluk Sepanggar, Sabah tu ... hahahaha

Deftect diberi tempoh sehingga Jun 2011 siapkan kereta perisai AV8

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah memberikan tempoh sehingga Jun tahun depan kepada syarikat pertahanan utama tempatan, DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech) bagi menghantar prototaip kereta perisai (APC) 8x8 AV8 yang sepatutnya dihantar pada 1 Jan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, lanjutan enam bulan itu diberikan selepas pihaknya selesai meneliti cadangan pengguna AV8 itu yang antara lain mahukan pengubahan teknikal sebelum disiapkan sepenuhnya.

"Sebelum ini melalui perjanjian asal sudah ditetapkan prototaip AV8 dikeluarkan pada 1 Jan tahun depan.

"Oleh kerana ada pengubahan teknikal yang dicadangkan kepada syarikat pembuatnya, maka kerajaan telah mengizinkan mereka diberikan lanjutan tempoh enam bulan lagi dari tarikh asal penghantaran itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Negara di sini, hari ini.

Antara pengguna prototaip AV8 itu adalah unit perisai, inventori, pasukan perubatan dan lain-lain unit.

Deftech adalah satu-satunya syarikat tempatan yang terbukti mempunyai kepakaran dalam pembinaan kereta perisai.

Pada pameran Defence Service Asia (DSA) 2010 April lalu, Kementerian Pertahanan telah memeterai surat tunjuk minat (LOI) bagi perolehan 257 unit AV8 untuk menggantikan kereta perisai Condor 4x4 dan Sibmas 6x6 yang telah uzur.

Kereta perisai AV8 adalah hasil peralihan teknologi daripada syarikat pertahanan antarabangsa, FNSS dari Turki dan Denel Land Systems dari Afrika Selatan bagi membolehkan Malaysia mempunyai APC buatan sendiri yang pertama.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan juga mahu penggunaan komponen tempatan dalam pembinaan kereta perisai itu dipertingkatkan sekurang-kurangnya kepada 35 peratus berbanding hanya 18 peratus yang terkandung dalam tawaran kontrak terdahulu. - Sinar Harian

2 comments:

Anonymous said...

Tak habis habis dengan "excuse" perubahan teknikal!!!
Poraaah la Zahid Midi.

Anonymous said...

biasalah tu...itu lah tahap yang ada pada kita orang malaysia... jadi kita komen kuat-kuat pun tak guna..kita ni yang banyak bercakap pun sama jee... tak ada yg bagus pun... MUTU tak ada hahahah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive