22 September 2010

Kes Sosilawati : Polis nafi tutup mata kes libatkan peguam

KUALA LUMPUR: Cemuhan pihak tertentu kononnya polis Selangor ‘tutup mata’ terhadap kes membabitkan peguam disangkal apabila enam peguam sudah diheret dan dibicara ke mahkamah atas pelbagai kes penipuan dan penyelewengan.

Isu berkenaan mula dipolitikkan berikutan kes kematian jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga individu lain yang disyaki dibunuh lapan suspek termasuk dua peguam adik-beradik sebagai suspek utama di Banting, Selangor, baru-baru ini, sebelum ia dikaitkan dengan kelewatan polis menangani jenayah membabitkan golongan berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata suspek utama yang mempunyai syarikat guaman di Banting itu sudah diambil tindakan oleh polis sebelum ini berhubung tujuh laporan polis yang dibuat beberapa mangsa.

Menurutnya, satu daripada kes terbabit sudah dibawa ke mahkamah dan menunggu perbicaraan seterusnya manakala satu lagi kes diteliti pihak pendakwa raya untuk pertuduhan.

“Baki lima kes lagi masih dalam siasatan polis Selangor. Setakat ini laporan polis diterima berhubung suspek utama kes pembunuhan berkenaan membabitkan penipuan dan pengubahan wang secara haram. “Orang ramai perlu tahu bahawa siasatan kes jenayah perdagangan atau komersial tidak seperti kes jenayah lain berikutan siasatannya perlu mengambil masa lama. Banyak dokumen yang perlu diperhalusi dan ramai saksi yang perlu diambil keterangan,” katanya semalam.

Tindakan diambilnya itu, sekali gus menafikan polis Selangor mengabaikan laporan dan siasatan terhadap kes jenayah membabitkan peguam.

Menurutnya, kesungguhan polis membendung jenayah membabitkan peguam dibuktikan melalui penubuhan satu task force (pasukan khas) yang diwujudkan khusus bagi memantau kes jenayah membabitkan peguam berkenaan.

“Pasukan khas terbabit akan melakukan pertemuan setiap bulan bagi membincangkan kes yang dilaporkan terhadap peguam selain langkah seterusnya yang perlu diambil,” katanya.

Menurutnya, sejak 10 tahun lalu, polis Selangor membuka 72 kes siasatan terhadap salah laku dan penyelewengan membabitkan peguam.
“Perlu saya nyatakan, di dalam beberapa kes, terdapat lebih dari satu kertas siasatan yang dibuka terhadap peguam sama.

“Sehingga kini, polis Selangor sudah menuduh enam peguam dan seorang ‘runner’ peguam berhubung 10 daripada kes jenayah yang dilaporkan berkenaan. Tindakan terbabit turut membabitkan seorang peguam yang ditangkap polis berhubung kes pembunuhan Sosilawati,” katanya.

Berdasarkan siasatan, tujuh kes jenayah komersial dilakukan suspek sebelum ini membabitkan nilai kerugian RM7.1 juta di Kuala Langat, sejak 2005

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive