10 September 2010

Musim hujan katak banyak bunyi .. tapi kesian dia ... hahaah

PUTRAJAYA, 10 Sept - Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) - dalam perkembangan julung kali kelihatan mula bersatu untuk melahirkan pendirian mereka menyangkal matlamat perjuangan Perkasa dan pemimpinnya Datuk Ibrahim Ali, yang mula disisihkan oleh pentadbiran Najib.

Pemimpin-pemimpin Umno yang selama ini kelihatan ‘membisu’ dalam melahirkan pendirian mereka, hari ini secara terbuka mengaku bahawa perjuangan Perkasa boleh memudaratkan dasar BN dan sokongan kepada perikatan 13 komponen itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu The Malaysian Insider bahawa sudah sampai masanya Umno membuat pendirian tegas terhadap Ibrahim dan Perkasa.

“Saya sudah berkata perkara ini awal-awal lagi... Umno seharusnya tampil lebih awal lagi. Hanya sekarang mereka mengekori pandangan saya.

“Bagaimanapun langkah ini baik, ya, ia akan membantu kami, dalam perjuangan kami sebab langkah untuk menjauhkan diri daripada kumpulan seperti ini adalah baik. ... seterusnya

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive