22 September 2010

Nurul Izzah akan beri keterangan pada polis berhubung laporan Perkasa, Perkara 153

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar akan memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini berhubung laporan polis yang dibuat Perkasa mengenai kenyataannya menyentuh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Saya akan memberi keterangan mengenai laporan polis dibuat Perkasa selepas artikel saya bertajuk ‘Malaysia atau Malaysaja’ yang disiarkan oleh The Malaysian Insider.

“Nampaknya Perkasa tidak mahu menerima pelawaan saya berdebat,” kata Nurul Izzah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.

Menurut Nurul Izzah, beliau akan ditemani peguam Latheefa Koya ketika memberikan keterangan pada pukul 12 tengahari esok.

Dalam pelawaan agar Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali agar berdebat dengannya, Nurul Izzah menulis, idea “hak orang Melayu” yang dibawa oleh Perkasa hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan Perlembagaan.

Nurul Izzah berkata, adalah penting untuk ditekankan bahawa Suruhanjaya Reid, yang merangka Perlembagaan, melihat Perkara 153 sebagai pendekatan sementara dan tertakluk kepada kajian semula selepas 15 tahun oleh Parlimen.

Perkasa telah membuat laporan polis terhadap Nurul Izzah 2 September lalu. TMI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive