08 September 2010

Pemilihan PKR : Azmin belum boleh tidur nyenyak

by Rosli Ismail

Di atas kertas setakat ini nampak macam Azmin Ali senang-senang boleh makan Datuk Zaid Ibrahim jika berlaku pertandingan satu lawan satu antara mereka untuk jawatan Timbalan Presiden PKR.

Ibarat orkestra, puak yang menyokongnya tampil satu per satu mengadakan sidang akhbar menyuarakan pendirian mereka.

Pelik bin ajaib ini pertama kali budaya ‘sidang akhbar’ begini tiba-tiba berkembang mekar dalam pemilihan PKR …macam ada yang diatas sana sibuk mengatur mempastikan kedudukan Naib Presiden PKR itu tidak tergugat.



Soalnya bolehkah Azmin tidor nyenyak melihat indikasi yang lebih memihak kepadanya setakat ini?

Sumber PKR memberitahu Agendadaily sebenarnya senarionya tidaklah seindah yang dilakarkan.

Katanya banyak yang belum beres sekalipun umum dalam parti itu tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu anak emasnya itu dinobatkan sebagai orang nombor dua pada pemilihan November ini.

Ikut ceritanya tindak tanduk beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang menafikan mereka ada kaitan dengan sidang akhbar sokongan sekalipun nama mereka disenaraikan sedikit sebanyak telah mengocak suasana.

Anwar dan Azmin sendiri setakat ini menyepi dari polimek pemilihan jawatan ini yang dihangatkan dengan luahan rasa Zaid mengenai nasib untungnya kena berdepan dengan hentaman dan fitnah dari kalangan dalam PKR sendiri.

Isu Zaid dibimbangi boleh menjadi bahan peledak yang menghidangkan segala macam pekong parti itu dikhalayak ramai.

Sekurang-kurangnya setakat ini dakwaan Zaid beliau difitnah itu ini termasuk jadi agen Tun Daim Zainuddin untuk musnahkan PKR sudah membuka mata ramai bagaimana parti itu pun ‘ lebih sembang saja’ dan turut bercakar sesama sendiri bila nak berebut kuasa.

Kemungkinan Azmin berentap dengan Zaid kebelakangan ini diasaskan pada keyakinan semua pihak Timbalan Presiden sekarang Senator Dr Syed Husein Ali tidak akan mempertahankan jawatannya.

Namun tidak mustahil beliau membuat U-turn walaupun dikatakan agak tipis.Ada cerita yang baru mnuncul kata terdapat usaha puak tertentu dalam PKR untuk memujuknya jangan undur.

Tolak sebelah Syed Husein…perbualan tentang pemilihan jawatan itu kini masih bertumpu kepada Azmin-Zaid sedangkan terdapat juga kemungkinan muncul pihak ketiga.

Siapa? Orangnya ialah Mustapha Kamil Ayub,salah seorang dari tiga Naib Presiden PKR.

Sumber PKR berkata congak pemilihan jawatan Timbalan Presiden akan berubah banyak jika Mustapha yang juga Pengerusi PKR Perak ambil keputusan nak turut serta.

Mustapha yang merupakan bekas aktivis ABIM dikatakan boleh mencuri undi orang Melayu dalam PKR yang kuat sentiment kepada gerakan Islam.

Faktor ini yang dikatakan menimbulkan kebimbangan para penyokong Azmin.Malah sudah ada cerita yang berlegar mengatakan terdapat usaha untuk memastikan Mustapha tidak jadi pihak ketiga dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden.

Ini kerana Zaid yang dilihat sebagai orang yang cukup liberal dikatakan mendapat dokongan kuat dari kalangan ahli bukan Melayu dalam PKR.

Sebab itu antara fitnah yang dikatakan disebar untuk ‘ kencing’ Zaid ialah mendakwa beliau akan gadai orang Melayu.

PKR Sabah yang mempunyai bahagian yang banyak dikatakan condong kepada Zaid.

Dalam keadaan undi yang terpecah tiga begini jika Mustapha masuk , Azmin dikatakan boleh mengidap demam tak kebah juga untuk berdepan dengan Zaid.

Dicelah-celah semua ini sumber PKR itu berkata soalan yang paling menarik sekali yang pasti menjadi bualan ramai ialah siapa yang Nurul Izzah sokong - Agenda Daily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive