20 September 2010

TGNA ke rumah Sosilawati tengahari ini


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dijadual melawat keluarga allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya di rumahnya di Gombak tengah hari ini.

Dalam lawatan di Taman Harmoni itu, murysidul am PAS itu akan diiringi oleh naib presiden parti Islam itu Salahuddin Ayub.

Setelah lebih dua minggu pembunuhan kejam Sosilawati mendapat liputan hangat, sehingga kini kediamannya masih menerima kunjungan ramai.

Semalam, dilaporkan beberapa NGO turut menziarahi rumahnya arwah dan menyertai majlis tahlil yang dianjurkan anggota keluarnya.

Sebagai salah seorang yang bersimpati dengan kematian jutawan kosmetik itu, Nik Aziz sebelum ini berkata kes pembunuhan kejam akan terus berlaku sekiranya tugas memperingatkan manusia kepada ketakwaan hanya diserahkan kepada golongan agama semata-mata.

Katanya, selagi orang ramai tidak berganding bahu dengan imam dan pak lebai bagi memperingatkan perkara itu, tidak ada yang boleh mendinding manusia dari melakukan jenayah.

Apa berlaku hari ini, tambahnya, seolah-olah persoalan iman dan takwa ini hanya boleh disebut di mimbar masjid, katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, polis akan menyiasat kematian pengasas Aveer Cosmetics, Sarina Jaafar bagi memastikan sama ada kes tersebut berkait dengan pembunuhan Sosilawati yang juga rakan baiknya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dilaporkan berkata pihaknya akan melihat kes yang berlaku di Pulau Pinang itu daripada semua sudut. - Malaysiakini

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive