18 October 2010

KWSP - Jangan jadi tempat sandaran pihak berkuasa bulat-bulat

KUALA LUMPUR, 18 Okt — Sambil mengakui hakikat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak boleh hanya menyimpan caruman ‘di bawah bantal’, kesatuan sekerja menekankan keperluan “jaringan sekuriti” agar dananya tidak menjadi sandaran pihak berkuasa bulat-bulat, yang trendnya makin ketara belakangan ini.

Pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja juga tidak menolak senario seolah-olah kerajaan terpaksa bergantung pada dana KWSP, sebagaimana disaksikan dalam Bajet 2011, dan berharap jaringan sekuriti diadakan agar sumber simpanannya tidak digunakan secara sembarangan.

Mengulas perkembangan semasa, Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), J Solomon berkata, hakikatnya dana KWSP tidak boleh statik tanpa pelaburan jika mahu membayar dividen kepada pencarum, tetapi pelaburan caruman badan berkanun itu juga tidak boleh keterlaluan tanpa kawalan.

“Nampaknya begitu... saya tidak pasti dengan kandungan bajet-bajet lalu, tetapi kali ini saya nampak seolah-olah kerajaan banyak bergantung pada dana KWSP,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

“KWSP mempunyai peranan kepada pencarum dengan meningkatkan kadar dividen,” katanya.
- seterusnya

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive