18 October 2010

The Malaysian Insider hina institusi diraja - JMM

Sekurang-kurangnya 10 orang daripada pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berkumpul membantah laporan portal berita The Malaysian Insider yang didakwanya menghina institusi diraja.

Sehubungan itu, mereka mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan menutup portal berita tersebut.

Mereka berkumpul selama kira-kira lima minit di perkarangan bangunan Wisma UOA, Bangsar yang menempatkan pejabat The Malaysian Insider.

Perhimpunan yang diketuai yang dipertua JMM, Azwandin Hamzah, turut mendesak supaya polis menahan tiga individu yang didakwa sebagai pengasas portal berita berkenaan.

Katanya, sekiranya polis boleh menahan beliau apabila cuba mengadakan perhimpunan yang sama minggu lalu, individu berkenaan juga boleh ditahan dan disiasat.

Azwandin berkata, beliau telah membuat laporan polis berkenaan tindakan laman tersebut yang mengeluarkan berita yang didakwa menghina institusi diraja.

Dalam perhimpunan yang bermula pada kira-kira jam 4.35 petang itu, mereka turut melaungkan slogan seperti "tangkap Kalimullah" dan "The Malaysian Insider tali barut"

Azwandin juga bercadang mengumpulkan sehingga 5,000 orang untuk membuat bantahan selanjutnya jika pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap laman berkenaan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive