... jadi para pengundi DUN Galas fikir lah sendiri apa yang dijelaskan oleh Ku Li Jumaat lalu
"Jumaat lepas, Tengku Razaleigh yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil DUN Galas ketika melawat Kampung Baru, Gua Musang berkata kerajaan telah menilai keperluan rakyat di situ apabila meluluskan Projek Perumahan Rakyat bernilai RM300 juta"
Kalau dah lama diluluskan kenapa baru sekarang nak dilaksanakan? Alahai bro Tapa, rakyat dah muak dah nak dengar, dah lali, dah meluat dengan kata-kata "dah lama diluluskan, kebetulan ADUN pula meninggal ... " Cari lah idea lain pula kalau nak tipu pengundi pun. Kerja korang ni tak ada lain asyik-asyik nak tipu rakyat, nak bodohkan rakyat.
Mustapa Mohamed: Projek di Galas bukan segera
Dakwaan PAS bahawa Umno telah membuat janji 'projek segera' di Galas adalah tidak benar kerana Projek Perumahan Rakyat yang diumumkan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah baru-baru ini sudah lama diluluskan kerajaan pusat.
Ketua Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata PAS seharusnya menyelidik terlebih dahulu sebelum menuduh Umno sudah mula memancing undi untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan tersebut. [memang dah macam tu dah selalu pun Tapa ai. Bila ada PRK saja, ha ada la projek yang dah lama diluluskan ... kebetulan ADUN meninggal ... cuba ADUN masih lagi sihat walafiat. mampuih hangpa nak laksanakan projek tersebut ... ]
"Tunggulah pengumuman Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) mengenai projek perumahan itu di Galas pada 24 Okt ini. Tidak semua yang kita umumkan itu adalah segera dan mungkin apa yang kita umumkan itu sudah lama dalam perancangan atau sudah diluluskan. [sapa yang nak umumkan tak jadi hal, tapi yang pasti ini adalah projek MEE SEGERA, .. ]
"Apa yang PAS buat sebab dia tak ada isu dan rakyat perlu faham mengenai perkara itu," kata Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu kepada pemberita, di Kota Bharu hari ini. [sebab pas tak nak jadi PEMBOHONG PENIPU PEMBELIT macam hangpa dalam umNO tu]
Beliau yang sebelum itu mengadakan dialog bersama lebih 30 pekilang di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa mengulas dakwaan PAS bahawa Umno kini mula membeli undi pemilih DUN Galas dengan mengumumkan 'projek segera'.
Jumaat lepas, Tengku Razaleigh yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil DUN Galas ketika melawat Kampung Baru, Gua Musang berkata kerajaan telah menilai keperluan rakyat di situ apabila meluluskan Projek Perumahan Rakyat bernilai RM300 juta.
Tengku Razaleigh ketika memaklumkan mengenai projek berkata ia sebenarnya sudah lama diluluskan kerajaan pusat dan secara kebetulan berlaku kematian anggota DUN Galas, Che Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 Sept lepas.
Mengulas isu berkaitan, Mustapa juga meminta PAS agar tidak membuat dakwaan kononnya kerajaan pusat tidak menunaikan janji sewaktu berkempen pada pilihan raya kecil Manik Urai, Julai tahun lepas.
"Kalau guna isu Manik Urai mengenai perkara itu adalah tidak betul dan berkempenlah jangan mengikut emosi," katanya. [memang hangpa tak pernah tunai janji bukan saja di Manik Urai ... hahaha]
Penamaan calon untuk DUN itu ditetapkan pada 26 Okt dan tarikh pengundian pada 4 Nov ini.
--Bernama
No comments:
Post a Comment