13 October 2010

Rebah dalam keadaan sujud

HULU SELANGOR: “Saya tergamam sebaik mendapat berita bapa saudara mati ditembak dalam rumahnya. Sungguh kejam penjenayah yang sanggup mengambil nyawanya selepas gagal menyamun mangsa,” kata Zainuddin Mohd Shuhaimi, 40, anak saudara kepada bekas tentera, Saad Johari Yamin, 73, yang mati ditembak di rumahnya, di Kampung Keliang, Kalumpang, dekat sini, malam kelmarin.

Kejadian berlaku pada jam 11.58 malam apabila mangsa cuba menjerit meminta pertolongan setelah rumahnya dimasuki penjenayah ketika dia dan isteri, Enson Rashid, 65, sedang tidur.

Menurut Zainuddin, bapa saudaranya ditembak daripada jarak hanya satu meter di ruang tamu rumah apabila seorang penjenayah menyedari kehadirannya di situ.

Katanya, isteri mangsa yang tidur dalam bilik tersedar selepas tembakan itu, namun mendapati suaminya jatuh dan mati di hadapannya.

“Ketika itu, saya berada di rumah di Shah Alam, dan menerima panggilan telefon daripada isteri mangsa memaklumkan khabar buruk itu.

“Apabila tiba di sini, saya mendapat maklumat lanjut kejadian menyayat hati itu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut Zainuddin, dua anak mangsa iaitu Salmah, 48, dan Abd Aziz, 47, yang tinggal di Keramat dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur dimaklumkan kejadian itu turut bergegas ke kampung mereka, jam 2 pagi semalam.

Katanya, lebih memilukan apabila mangsa rebah dengan keadaan bersujud di tempat kejadian itu. - metro

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive