SHAH ALAM, 4 Okt – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz memberi jaminan kepada penulis blog Malaysia Today Raja Petra Raja Kamaruddin bahawa beliau akan selamat jika kembali ke Malaysia.
“Malaysia bukan ‘banana republic’ sehingga tidak dapat memberi jaminan keselamatan terhadap seorang saksi bagi satu kes. Saya lebih suka jika Raja Petra balik ke Malaysia dan hadapi dakwaan terhadapnya, dan bertindak mengikut peraturan,” katanya yang menghadiri forum mengenai kebebasan bersuara dengan para pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dekat sini hari ini.
Nazri berkata terpulang kepada orang ramai untuk mengadili sama ada apa yang ditulis Raja Petra, betul atau sebaliknya, tapi beliau berpendapat bahawa penulis blog yang sedang melarikan diri itu tidak sepatutnya menjadikan masalah lebih rumit bagi pihak berkuasa untuk menjalankan tugas.
“Ada kebaikan juga dengan (apa yang ditulis Raja Petra dalam blog) kerana sekurang-kurangnya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) boleh bertindak ke atasnya jika ia benar.
“Tapi jika ia dibuat seperti ini, orang ramai akan keliru dan ini akan menyebabkan SPRM sukar menjalankan tugas,” katanya.
Raja Petra ditangkap pada 12 September 2008 kerana beliau disifatkan sebagai satu ancaman terhadap keselamatan nasional dan perintah untuk menahan beliau mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikeluarkan pada 22 September 2008.
Penulis blog itu ditahan atas alasan beliau antara lain, memiliki dan mengusahakan laman web Malaysia Today dan berniat dan sengaja menyiarkan artikelnya dan juga komen pembaca dalam Malaysia Today yang kritikal dan menyinggung perasaan orang Islam, kesucian Islam dan Nabi Muhammad.
Dalam pada itu, Nazri berkata media sepatutnya tidak mengadili suspek dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.
Katanya, beliau tidak mahu media menjadi penganiaya atau pendakwa awam bagi kes itu kerana adalah tidak adil untuk membuat andaian atau melemparkan tuduhan ke atas mereka.
“Sebaik isu ini disensasikan di dalam media, orang yang disiasat itu akan dianggap sebagai bersalah walaupun mungkin tidak begitu.
“Orang ini kemudiannya akan menjadi mangsa penganiayaan media dan berdepan dengan tekanan yang tidak sepatutnya daripada orang awam,” katanya.
Nazri meminta media berpegang kepada etika kewartawanan dan menegakkan keadilan dalam melaporkan kes berprofil tinggi.
Ketika ditanya mengenai tindakan beberapa buah pertubuhan yang menyiarkan gambar suspek pembunuhan tanpa mengaburkan wajah mereka, beliau berkata ia merupakan tanggungjawab media dan bukan kerajaan untuk menetapkan kandungan berita mereka.
“Kita dalam kerajaan menghargai jika amalan penapisan sendiri dibuat oleh media sendiri kerana jika kami yang lakukannya, ia akan kelihatan seperti menghalang kebebasan media,” katanya.
Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya Kamarudin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.
Pada 13 September lepas, polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan ladang Gadong. - TMI

No comments:
Post a Comment