November 27,
PETALING JAYA — Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkata konsep Ketuanan Melayu harus “ditinggalkan” kerana ia hanya memperdayakan bangsa Melayu sendiri.
Beliau berkata konsep tersebut hanya digunakan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu.
“Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai demi kepentingan diri sendiri.
“Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi. Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan Bumiputera, masih tetap terabai,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional PKR di sini.
Menurut Dr Wan Azizah, orang Melayu dan Bumiputera di negara ini sedang mengalami nasib hidup yang sangat menyedihkan.
“Mereka sedang dilanda masalah sosial, pendidikan, ekonomi dan budaya kehidupan yang membimbangkan. Kuota 30 peratus penguasaan ekuiti Melayu-Bumiputera gagal dicapai.
“Daripada RM54 bilion ekuiti dan saham untuk bumiputera, hanya RM2 bilion kekal di tangan. Di Semenanjung, di Sabah dan di Sarawak, kelompok paling miskin, dhaif dan terbiar melarat, adalah kaum bumiputera. Buruh bumiputera di Batu Sapi, hanya dibayar RM9.50 untuk kerja mereka selama sehari.
“Malah, bagi setiap empat keluarga yang pendapatan isi rumahnya kurang dari RM2,000 setiap bulan, tiga keluarga itu adalah keluarga Melayu,” katanya di hadapan kira-kira 1,500 peserta terdiri daripada perwakilan dan pemerhati.
Dr Wan Azizah dalam ucapan dasar itu turut mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mempedulikan nasib dan kedudukan Orang Asli di negara ini.
“Kerajaan Umno-BN juga tidak mempedulikan nasib dan kedudukan Orang Asli di Semenanjung Malaysia.
“Kehidupan mereka masih terbiar dan tidak mendapat perhatian dan pembelaan sewajarnya. Kedaifan hidup mereka bagai sengaja dirancang untuk dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu di saat dan ketika yang mereka perlukan.
“Tidak ada langsung peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bagi menjamin kepentingan merupakan kaum pribumi di negara ini. Kedudukan mereka tidak terjamin kerana hak mereka tidak dimasukkan dalam tafsiran Perkara 153 dan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.
“Kita berjanji akan mengambil satu tindakan yang berani dan bertanggungjawab untuk menjamin kedudukan Orang Asal ini dalam kerangka keupayaan kita.” katanya.
Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga berkata kegagalan Umno dalam membela nasib orang Melayu dan Orang Asli membuktikan parti Melayu terbesar itu tidak berjuang untuk bangsa sendiri.
“Semua ini membuktikan bahawa pemimpin UMNO bukan berjuang untuk membela orang Melayu.
“Parti itu hanya berminat untuk menjaga kepentingan tauke-tauke tertentu. Umno adalah “parti tauke” dan jauh sekali untuk berwajah sebagai parti rakyat.
“Maka itu, PKR dan Pakatan Rakyat adalah pilihan terbaik untuk semua orang Melayu dan seluruh rakyat,” katanya - TMI

1 comment:
Itulah pun modal yabg tinggal untuk terus berkuasa. Tanpanya maka akan meraganlah UMNO.
Post a Comment