27 November 2010

Pistol James Bond 007 dilelong


LONDON: Pistol yang dipegang Sean Connery sebagai pemeran James Bond dalam poster untuk promosi filem From Russia With Love dijual £277,250 dalam satu acara lelong.

Seperti disiar BBC, semalam pistol angin Walther itu laku sepuluh kali ganda lebih mahal dibandingkan perkiraan sekitar £15.000-£20.000 di rumah lelong Christie di London hari Khamis sebelumnya.

Sementara itu, kostum Darth Vader dari seri filem Star Wars, the Empire Strikes Back tidak laku, padahal sebelumnya diperkirakan akan terjual seharga £230,000. Kostum yang dijual oleh seorang kolektor dari Amerika Syrikat yang dibeli tahun 2003 itu, merupakan kostum Vader pertama yang dilelong.

Pistol James Bond lain yang digunakan dalam filem The Man With the Golden Gun, tahun 1974 dijual dengan harga £15,000.

Bulan lalu, seorang penggemar kereta Amerika membayar £2.6 juta untuk kereta tahun 1964 Aston Martin DB5, lengkap dengan nombor polis, kerusi pendorong dan kaca anti peluru yang digunakan dalam filem Goldfinger dan Thunderball.

Barang-barang lain yang laku dalam lelong barang-barang yang digunakan dalam filem termasuk model dinasaurus dari filem King Kong tahun 1933, berharga £25,000.

Celana yang digunakan oleh Christopher Reeve dalam film Superman III pada tahun 1984 juga tidak diminati peserta lelong. - FMT

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive