ANALISIS, 9 Nov — Dalam satu pertemuan awal bulan lalu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkongsi pandangan - Umno menganggap komponen Pakatan Rakyat ini bercita-cita tinggi untuk melaksanakan pemilihan secara langsung dalam waktu yang begitu singkat.
Kata Saifuddin, menurut seorang anggota Majlis Tertinggi Umno tidak bersedia untuk mengadakan pemilihan langsung antara lain disebabkan oleh soal logistik.
Menjawab soalan kekecohan yang disaksikan di peringkat pemilihan bahagian, banyak pihak menganggap bahawa PKR sedang menuju kehancuran dan hilang kredibiliti. Ia akan menghadapi padah akibatnya pada pilihan raya umum ke-13.
Saifuddin menyangkal tanggapan sedemikian. Begitu juga pandangan Penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
Parti berusia 11 tahun ini meminda perlembagaan tahun lalu membolehkan setiap ahli mengundi memilih pucuk kepimpinan pusat.
Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian mendakwa kemenangan Naib Presiden Azmin Ali yang bertanding jawatan timbalan presiden tidak akan memberi legitimasi sahih apatah lagi beliau akan dianggap menang dengan cara tidak demokratik.
“Kepuakan dalam parti secara berterusan akan menjejaskan kredibiliti beliau dan Anwar sendiri yang dilihat bersungguh-sungguh mahu Azmin menang,” katanya. - seterusnya

No comments:
Post a Comment