09 November 2010

Sukarelawan bantu pasca banjir diperlukan

Izwan Abdul Halim

ALOR SETAR, 9 Nov: Berikutan keadaan banjir di kebanyakan kawasan semakin pulih dan sebahagian besar mangsa banjir sudah pulang ke kediaman masing-masing, PAS Negeri Kedah akan menggerakkan gerak kerja fasa kedua dalam membantu mangsa banjir.

Menurut Penolong Setiausaha PAS Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad, tumpuan aan diberikan kepada kerja-kerja pembersihan termasuk premis-premis awam seperti surau dan masjid.

Ujarnya, pihak PAS Kedah telah menetapkan jadual kepada PAS kawasan-kawasan seluruh Kedah untuk melaksanakan tugasan tersebut.

Beliau turut menyeru PAS kawasan dari seluruh negara dan badan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin untuk turut serta membantu mangsa banjir khususnya kerja-kerja pembersihan.

“Bukan rumah sahaja, tempat orang ramai macam masjid, surau pun kena (banjir) juga. Jadi yang nak datang bantu kalau boleh kita minta bawa sekali peralatan. Kalau ada generator air lagi bagus bawa sebab banjir ni datang dengan lumpur sekali,” rayunya.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa pihak Bilik Gerakan Banjir PAS Kedah sedaya upaya menyampaikan bantuan kepada semua mangsa melalui penyelia di kawasan-kawasan.

“Jadi dakwaan kata kita tidak bantu itu tidak benarlah. Kita telah dapatkan maklum balas daripada PAS Kawasan-kawasan dalam mesyuarat tadi. Semua pihak kita berikan bantuan,” jelasnya selepas mesyuarat Bilik Gerakan Banjir PAS Kedah di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, kelmarin - Harakah Daily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive