Ledakan Datuk Zaid Ibrahim mengenai dakwaan adanya kepincangan dalam pemilihan PKR sudah nampak kesannya.
Sebanyak 24 cabang parti itu dari berbagai negeri tampil membuat kenyataan bersama kepada media meminta pemilihan jawatan utama parti itu yang sedang berlangsung sekarang ditangguhkan sehingga siasatan dibuat keatas dakwaan itu.
Ini baru reaksi sehari selepas sidang akhbar Zaid di rumahnya yang disertai oleh seorang lagi calon Timbalan Presiden PKR Mustafa Kamil Ayub.
Cabang berkenaan ialah Temerloh,Kuala Pilah, Putrajaya, Telok Intan, Bagan Datoh, Seremban, Petaling Jaya Utara, Sembrong, Paya Besar, Bentong, Keningau, Pensiangan, Tanjung Malim, Ipoh Barat, Tampin, Kota Kinabalu, Rompin, Sungai Siput, Maran, Tambun, Jerantut, Bagan Serai, Tapah dan Kuala Kangsar.
Mereka mahu parti mengambil serius dakwaan yang dibuat untuk memastikan kredibiliti parti itu tidak terjejas.
Menurut kenyataan itu mereka tidak dapat menerima jika berlaku penipuan dalam pemilihan pimpinan yang kelak akan memimpin parti itu.
Mustafa pula telah memberi tempoh 48 jam supaya pemilihan ditangguhkan jika tidak akan mengambil tindakan lebih tegas.
Ramai para pemerhati politik menilai ‘pemberontakan’ Zaid dan Mustafa ini akan memberi kesan yang besar keatas PKR sekalipun Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kalangan pimpinan yang rapat dengannya cuba mempercilkan tindakan itu sebagai hanya suara ‘sore loser’
Mengikut keputusan pemilihan jawatan Timbalan Presiden sehingga minggu ketiga, Azmin mendapat 6,467 undi, manakala Zaid 3,988 dan Mustaffa 1,215.
Walaupun Azmin meninggalkan Zaid dan Mustafa dengan majoriti 2,479 undi namun kedua mereka mempunyai sokongan terkumpul sebanyak 5,203 undi.
Bezanya cuma 1,264 dan jika 5,203 orang yang mengundi mereka setakat ini bangun bersuara ia sudah cukup mengegarkan parti itu.
Sebanyak 24 cabang yang meminta pemilihan ditangguhkan belum tentu terhenti setakat jumlah itu saja.
Ketua PKR cabang Putrajaya Onn Abu Bakar berkata jumlah yang 24 cabang itu cuma yang sempat mereka jumpa.
Dakwanya sebenarnya ada 80 cabang yang mahu pemilihan ditangguhkan.
Dalam pada itu Zaid sendiri seperti yang diduga tidak duduk diam diri setelah umum tarik diri dari pemilihan Timbalan Presiden dan letak semua jawatan yang disandangnya dalam PKR.
Sebagai ahli biasa beliau sudah mula mengatur langkahnya jelajah ke serata negara untuk meyakinkan ahli parti itu mengenai tindakannya.
Malam tadi beliau dilapor telah mengadakan pertemuan dengan ahli di Sungai Petani.
Bagaimana pula nanti dengan kata dua 48 jam yang diberi oleh Mustafa jika desakannya agar pemilihan tidak ditangguhkan.
Mustafa ialah Pengerusi PKR Perak yang mempunyai jumlah cabang yang banyak.
Jika Perak memberi dokongan penuh kepada Mustafa dan buat kecoh...jawabnya banyak juga yang tercalar nanti
Sementara itu, calon ketua sayap pemuda PKR Badrul Hisham Shaharin dilaporkan mengetuai 200 ahli PKR meluluskan enam resolusi - antaranya dipercayai mendesak parti menangguhkan dan mengadakan semula pemilihan sebagai langkah keluar daripada isu semasa yang beliau sifatkan sebagai “krisis”.
Resolusi itu antara lain menggariskan siri tindakan untuk diambil setiap hari sekiranya permintaan menangguhkan pemilihan dan memperbaiki segala kelemahan dalam proses tidak diatasi.
Pertemuan itu, dinamakan sebagai “Himpunan Anak Muda Selamatkan Keadilan”, diadakan di ibu negara ketika Biro Politik PKR pula mengadakan mesyuarat mingguannya dengan kebanyakan calon yang bertanding dalam pemilihan kali ini difahamkan tidak hadir. Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak hadir kerana berada di luar negara.
“Kami memutuskan enam resolusi, ia akan disampaikan kepada pucuk kepimpinan parti... presiden dan kesemua anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dalam tempoh 24 jam,” kata Badrul Hisham.-11/10/2010 - Agenda Daily

No comments:
Post a Comment