22 November 2010

Rozali Ismail Syabas buat kerja haramjadah : Mahu mengutip semula subsidi air (RM11.40) yang diberikan kerajaan negeri

MS : Ni betul-betul kerja haramjadah yang bakal di laksanakan oleh Rozali Ismail yang katanya gaji dia saja mencapai RM425 ribu sebulan. Aku tak tau macam mana dia ni dapat Tan Sri kalau macam ni punya busuk hati.

Hoi Rozali tak kan la RM11.40 yang diberi oleh kerajaan Selangor pada rakyatnya pun hang nak kemut kot? Tak cukup lagi ka dengan gaji hang tu? Dan dengan kilang paip di Indon tu ...

Lesen Syabas dirampas jika langgar perjanjian, kata MB

SHAH ALAM, 22 Nov – Kerajaan Selangor akan meminta kerajaan pusat menarik balik lesen konsesi yang diberikan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) jika syarikat itu didapati mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidi oleh kerajaan Selangor kepada rakyatnya menerusi Tabung Budi.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Syabas tidak berhak mengutip derma daripada mana-mana individu pengguna air yang mendapat subsidi daripada kerajaan negeri menerusi tabung yang dilancarkan syarikat itu.

“Jika benar ada individu yang mahu mendermakan subsidi yang diberikan, mereka hendaklah memulangkannya kepada kerajaan negeri dan bukannya kepada Syabas. Syabas tidak boleh menggunakan duit subsidi itu. Duit subsidi yang saya gunakan ini ialah duit negeri untuk rakyat.

“Saya akan berbincang perkara ini dengan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor dan pihak kewangan negeri sebab dalam perjanjian penswastaan yang dibuat bersama Syabas, kerajaan negeri tidak menyatakan Syabas boleh jalankan usaha ini (mengutip balik kos 20 meter padu air).

“Kita mahu lesen Syabas dirampas jika didapati tidak menjalankan tugas seperti yang dijanjikan dalam perjanjian penswastaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Inovasi Pentadbiran Kerajaan Selangor di sini.

Tabung Budi dilancarkan Syabas pada 24 Ogos lepas melibatkan skim yang membolehkan pengguna air membayar balik kos 20 meter padu air bernilai RM11.40, yang disubsidi kerajaan negeri kepada rakyat Selangor setiap bulan, diserahkan kepada Syabas.

Wang kutipan itu nanti akan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan yang tidak menerima 20 meter padu air percuma bagi mendapatkan semula sambungan air bersih ekoran kegagalan mereka membayar bil.

Abdul Khalid berkata Syabas bukanlah sebuah badan yang ditugaskan untuk menjaga hal ehwal kebajikan rakyat.

“Tujuan Syabas bukanlah untuk jaga kebajikan. Adalah sesuatu yang ‘hypocrisy’ untuk katakan dia (Syabas) sekarang bertaubat menolong rakyat... itu bukan tujuannya.

“Saya akan mengutus surat kepada Syabas sama ada perkara ini melanggar tatacara perjanjian yang kerajaan negeri buat bersama Syabas pada 2004,” katanya. – Bernama/TMI

2 comments:

azman kamarul said...

Inilah tabiat sesetengah "orang kaya" kat Malaysia.Memerah keringat rakyat yang susah dan mereka tidur di ats duit yang mereka "perah" dari rakyat.

Tak ubah macam cerita hindustan.patutlah KHALIL YAAKOB
DULU GILAKAN FILEM HINDUSTAN. JUGA TAK HAIRANLAH SHAHRUL KHAN DAPAT "DATO" DARI MELAKA.

JENIS CELAKA SEMUANYA!!

Salam said...

Bro, kalau tak tau fakta baik jangan tulis bro. Aku cabar hang utk dapatkan asas sebenar penubuhan Tabung Budi tu.

Jgn main sentimen bro. Ini semua kerja propagandis Khalid utk rampas Syabas.

Tabung Budi bukan nak perah keringat rakyat. Tapi sebilangan rakyat memberi derma kpd org yg tidak berkemampuan.

Klu derma pun nak dispeculate bro, baik tak payahlah. Selesaikan masalah PKR dulula bro!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive