Showing posts with label Syabas. Show all posts
Showing posts with label Syabas. Show all posts

15 February 2011

Syabas saman Khalid dan Tony Pua

KUALA LUMPUR, 15 Feb — Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) cuba mengelirukan rakyat dengan mengemukakan saman terhadap wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) termasuk beliau sendiri.

Khalid dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua telah menerima notis saman Syabas berhubung isu Tabung Budi.

“Kami telah menerima dokumen saman daripada Syabas berkenaan kenyataan yang dibuat mengenai Tabung Budi serta kenyataan yang meminta Syabas memulangkan hak pembekalan air kepada kerajaan negeri menerusi kempen Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat,” kata Khalid dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Khalid berkata peguam-peguamnya telah diberi arahan untuk menyediakan pembelaan di mana beliau akan diwakili oleh Edmund Bon manakala Pua, yang juga setiausaha publisiti DAP kebangsaan, telah melantik Gobind Singh Deo.

Bagaimanapun Khalid menegaskan, tindakan perundangan itu tidak mengubah pendirian kerajaan negeri Selangor terhadap isu Tabung Budi.

“Syabas tidak mempunyai hak untuk meminta pengguna-pengguna menyerah dana kepada Syabas kerana dana tersebut diberi oleh kerajaan negeri melalui program pemberian 20 meter padu air percuma.

Kerajaan negeri juga masih berpendapat penjanjian konsesi kepada empat syarikat konsesi termasuk Syabas perlu ditamatkan agar industri air negeri boleh diambil alih kerajaan negeri bagi memastikan bekalan air yang lebih efektif dengan harga yang berpatutan,” kata Khalid dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Khalid juga menambah, kerajaan negeri juga telah mengarahkan Pegawal Selia Air agar menulis surat kepada Syabas untuk memastikan bahawa segala biayaan guaman dalam saman ini dibayar oleh pengarah-pengarah dan individu yang terlibat Syabas sendiri dan bukan oleh Syabas sendiri kerana syarikat tidak perlu dibelenggu oleh bayaran guaman untuk kes yang jelas tidak ada kena-mengena dengan fungsinya sebagai pembekal air bersih kepada rakyat Selangor.

Malah kata beliau, tindakan Syabas menyaman ketika proses rundingan pengambilalihan syarikat konsesi-konsesi air yang belum selesai menimbulkan beberapa persoalan berkenaan niatnya.

“Semua wakil kerajaan Pakatan Rakyat Selangor siap sedia untuk terus berusaha untuk mengembalikan hak air kepada rakyat selaras dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor,” katanya lagi.

Pada akhir November lalu, kerajaan Selangor berkata akan meminta kerajaan pusat menarik balik lesen konsesi yang diberikan kepada Syabas jika syarikat itu didapati mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidi oleh kerajaan Selangor kepada rakyatnya menerusi Tabung Budi.

Khalid berkata Syabas tidak berhak mengutip derma daripada mana-mana individu pengguna air yang mendapat subsidi daripada kerajaan negeri menerusi tabung yang dilancarkan syarikat itu.

Tabung Budi dilancarkan Syabas pada 24 Ogos lepas melibatkan skim yang membolehkan pengguna air membayar balik kos 20 meter padu air bernilai RM11.40, yang disubsidi kerajaan negeri kepada rakyat Selangor setiap bulan, diserahkan kepada Syabas.

Wang kutipan itu nanti akan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan yang tidak menerima 20 meter padu air percuma bagi mendapatkan semula sambungan air bersih ekoran kegagalan mereka membayar bil.

Khalid berkata Syabas bukanlah sebuah badan yang ditugaskan untuk menjaga hal ehwal kebajikan rakyat.

“Tujuan Syabas bukanlah untuk jaga kebajikan. Adalah sesuatu yang ‘hypocrisy’ untuk katakan dia (Syabas) sekarang bertaubat menolong rakyat . . . itu bukan tujuannya. Saya akan mengutus surat kepada Syabas sama ada perkara ini melanggar tatacara perjanjian yang kerajaan negeri buat bersama Syabas pada 2004,” katanya ketika itu. -TMI

15 December 2010

Selangor akan saman SYABAS

SHAH ALAM, Dec 15 — The Selangor governent is waiting for the right time to take the water company SYABAS to court to have its licence withdrawn, Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid said today.

He believed that the action would be taken considering that SYABAS was ignoring the state government’s directive to stop its Tabung Budi programme.

“We are awaiting a reply from them. If they continue (with what they are doing), it would be easier for us to prove in court that they have gone against the agreement to supply water,” he told reporters here.

Khalid said that SYABAS had no right to collect donations through Tabung Budi from consumers who receive subsidies from the state government.

Selangor residents receive 20 cubic metres gratis from the state government worth RM11.40.

The Budi Fund that SYABAS launched last Aug 24 allows residents to waive this subsidy for the company to use the money to help other residents who have no access to clean water. — Bernama

03 December 2010

Perhimpunan 5 Dec - Solat Hajat dan Zohor di Masjid Negara

Solat hajat iringi penyerahan memo kepada Agong
Oleh Fazy Sahir

PETALING JAYA: Pertembungan perhimpunan Ahad ini mambabitkan kerajaan negeri Selangor dengan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) bagi menyerahkan memorandum kepada Yang-Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, dikhuatiri akan menimbulkan kekecohan antara kedua-dua kumpulan itu.

Penyelaras kempen anti kenaikan harga air Selangor Dr Badrul Amin Bahron berkata aspek keselamatan rakyat cukup dititikberatkan kerana jika sebarang ‘provokasi’ mahupun kekecohan berlaku maka perhimpunan itu akan diteruskan oleh pimpinan negeri.

Katanya, pihak polis telah dimaklumkan perkara itu malah keputusan sama ada rakyat turut serta sehingga ke Istana Negara akan diputuskan esok.

Menurut beliau, solat hajat dan Zohor akan diadakan di Masjid Negara bersama-sama pemimpin negeri Selangor dan disusuli perhimpunan bagi menyerahkan 100 tandatangan kepada Agong di Istana Negara.

"Kami sudah memaklumkan kepada pihak polis untuk permit, sehingga kini masih belum menerima jawapan balas. Malah rancangan telah diatur dengan solat zohor dan hajat akan dibuat terlebih dahulu sebelum perhimpunan dimulakan ke Istana Negara.

"Jika wujud sebarang kekecohan atau perkara tidak diingini seperti hujan, maka pemimpin negeri sahaja yang akan berarak ke Istana Negara untuk serahkan memo itu.

"Rakyat akan tunggu di Masjid Negara…..kerana yang penting bagi kami adalah keselamatan rakyat. Namun perkara ini akan dimuktamadkan dalam mesyuarat esok," katanya ketika dihubungi FMT.

Kumpulan terdiri daripada baju merah adalah pro-kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan kira-kira 20,000 orang turut serta dalam perhimpunan tersebut.

Manakala anggota GAPS dilaporkan mengenakan baju hitam diketuai pengerusinya Hamidzun Khairuddin dan disertai hanya kira-kira 2,000 orang bakal berhimpun di Masjid Jamek.

Ahli Umno turut serta dalam tandatangan

Badrul Amin berkata, melalui kempen yang mensasarkan 100,000 tandatangan itu turut menerima penyertaan daripada ahli Umno.

Beliau yang juga Pengarah Penerangan Negeri Selangor mendakwa tandatangan itu diperoleh daripada ahli Umno termasuklah di Sungai Besar, Hulu Selangor dan Tanjung Karang.

Malah ada beberapa ahli itu yang bersetuju untuk menyertai perhimpunan bersama-sama kumpulan merah pada Ahad ini.

"Kami bergerak ke pelusuk kampung dan ahli-ahli Umno di beberapa kawasan turut menyatakan sokongan terhadap kempen kita ini. Ada yang berterus terang tidak sanggup untuk turun namun ada segelintir yang bersetuju untuk turut serta dengan kami.

"Malah tandatangan yang terkumpul setakat hari ini telah mencecah 50,000 dan berharap kita berjaya dengan sasaran 100,000 itu," katanya.

Nafi mahasiswa dibayar kerajaan negeri

Dalam perkembangan lain, Badrul Amin menafikan pembabitan kerajaan negeri dengan penyertaan mahasiswa dalam perhimpunan tersebut.

Beliau berkata, perkara ini timbul atas kesedaran mahasiswa malah menjelaskan bahawa perhimpunan itu bukan bersifat politik.

"Walaupun Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) menghalang mahasiswa terlibat dalam sebarang perhimpunan politik namun jelas ini bukan perhimpunan politik. Ini perhimpunan rakyat tanpa mengira latar belakang masing-masing.

"Mahasiswa ini juga bukan dibayar oleh kerajaan negeri, kami tidak suruh mereka turut serta tetapi mereka faham perlu dihentikan dasar penswastaan air yang wujud ini," katanya.

Katanya setakat ini bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengesahkan penyertaannya dalam perhimpunan pada hujung minggu ini.

Malah beliau turut mengalu-alukan pemimpin lain daripada negeri lain untuk turut serta memandangkan ia akan menjadi isu nasional - FMT

23 November 2010

Syabas diberi 14 hari henti Tabung Budi

KUALA LUMPUR, 23 Nov – “Perang” antara kerajaan negeri Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mula memuncak dengan agensi itu diberi notis 14 hari supaya menghentikan program Tabung Budi atas alasan ia melanggar syarat perjanjian konsesi air.

Notis bertarikh 23 November – hari ini – dikeluarkan oleh Pengarah Kawal Selia Air Selangor Nor Azmi Diron di bawah Subseksyen 12(2) Akta Pembekalan Air 1997.

“Selain menghentikan program tersebut dalam masa 14 hari, Syabas juga dikehendaki memaklumkan kepada kerajaan Selangor berkenaan pembatalan Tabung Budi.

“Pembatalan tersebut juga perlu diiklankan di dalam akhbar-akhbar utama di Malaysia,” kata Pejabat Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata kenyataan itu, mengikut notis itu, Lesen Pembekalan Air yang diberikan kepada Syabas mengikut Subseksyen 12 (3) Akta Pembekalan Air 1997 akan dibatalkan jika Syabas gagal mematuhi arahan pembatalan program itu.

Notis tersebut juga telah mengingatkan Syabas bahawa selaku pemegang lesen, syarikat itu hanya boleh mengutip dan menyimpan caj yang masih berhutang (caj tertunggak) oleh pengguna dalam kawasan pembekalan air.

Syabas tidak boleh mengutip sumbangan daripada orang ramai bagi tujuan membayar caj bekalan air tertunggak seperti yang dilakukannya melalui Tabung Budi, katanya.

Semalam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan Selangor akan meminta kerajaan pusat menarik balik lesen konsesi yang diberikan kepada Syabas jika syarikat itu didapati mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidi oleh kerajaan Selangor kepada rakyatnya menerusi Tabung Budi.

Khalid berkata Syabas tidak berhak mengutip derma daripada mana-mana individu pengguna air yang mendapat subsidi daripada kerajaan negeri menerusi tabung yang dilancarkan syarikat itu.

“Jika benar ada individu yang mahu mendermakan subsidi yang diberikan, mereka hendaklah memulangkannya kepada kerajaan negeri dan bukannya kepada Syabas. Syabas tidak boleh menggunakan duit subsidi itu. Duit subsidi yang saya gunakan ini ialah duit negeri untuk rakyat.

“Saya akan berbincang perkara ini dengan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor dan pihak kewangan negeri sebab dalam perjanjian penswastaan yang dibuat bersama Syabas, kerajaan negeri tidak menyatakan Syabas boleh jalankan usaha ini (mengutip balik kos 20 meter padu air).

“Kita mahu lesen Syabas dirampas jika didapati tidak menjalankan tugas seperti yang dijanjikan dalam perjanjian penswastaan,” katanya.

Tabung Budi dilancarkan Syabas pada 24 Ogos lepas melibatkan skim yang membolehkan pengguna air membayar balik kos 20 meter padu air bernilai RM11.40, yang disubsidi kerajaan negeri kepada rakyat Selangor setiap bulan, diserahkan kepada Syabas.

Wang kutipan itu nanti akan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan yang tidak menerima 20 meter padu air percuma bagi mendapatkan semula sambungan air bersih ekoran kegagalan mereka membayar bil. - TMI

22 November 2010

Rozali Ismail Syabas buat kerja haramjadah : Mahu mengutip semula subsidi air (RM11.40) yang diberikan kerajaan negeri

MS : Ni betul-betul kerja haramjadah yang bakal di laksanakan oleh Rozali Ismail yang katanya gaji dia saja mencapai RM425 ribu sebulan. Aku tak tau macam mana dia ni dapat Tan Sri kalau macam ni punya busuk hati.

Hoi Rozali tak kan la RM11.40 yang diberi oleh kerajaan Selangor pada rakyatnya pun hang nak kemut kot? Tak cukup lagi ka dengan gaji hang tu? Dan dengan kilang paip di Indon tu ...

Lesen Syabas dirampas jika langgar perjanjian, kata MB

SHAH ALAM, 22 Nov – Kerajaan Selangor akan meminta kerajaan pusat menarik balik lesen konsesi yang diberikan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) jika syarikat itu didapati mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidi oleh kerajaan Selangor kepada rakyatnya menerusi Tabung Budi.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Syabas tidak berhak mengutip derma daripada mana-mana individu pengguna air yang mendapat subsidi daripada kerajaan negeri menerusi tabung yang dilancarkan syarikat itu.

“Jika benar ada individu yang mahu mendermakan subsidi yang diberikan, mereka hendaklah memulangkannya kepada kerajaan negeri dan bukannya kepada Syabas. Syabas tidak boleh menggunakan duit subsidi itu. Duit subsidi yang saya gunakan ini ialah duit negeri untuk rakyat.

“Saya akan berbincang perkara ini dengan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor dan pihak kewangan negeri sebab dalam perjanjian penswastaan yang dibuat bersama Syabas, kerajaan negeri tidak menyatakan Syabas boleh jalankan usaha ini (mengutip balik kos 20 meter padu air).

“Kita mahu lesen Syabas dirampas jika didapati tidak menjalankan tugas seperti yang dijanjikan dalam perjanjian penswastaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Inovasi Pentadbiran Kerajaan Selangor di sini.

Tabung Budi dilancarkan Syabas pada 24 Ogos lepas melibatkan skim yang membolehkan pengguna air membayar balik kos 20 meter padu air bernilai RM11.40, yang disubsidi kerajaan negeri kepada rakyat Selangor setiap bulan, diserahkan kepada Syabas.

Wang kutipan itu nanti akan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan yang tidak menerima 20 meter padu air percuma bagi mendapatkan semula sambungan air bersih ekoran kegagalan mereka membayar bil.

Abdul Khalid berkata Syabas bukanlah sebuah badan yang ditugaskan untuk menjaga hal ehwal kebajikan rakyat.

“Tujuan Syabas bukanlah untuk jaga kebajikan. Adalah sesuatu yang ‘hypocrisy’ untuk katakan dia (Syabas) sekarang bertaubat menolong rakyat... itu bukan tujuannya.

“Saya akan mengutus surat kepada Syabas sama ada perkara ini melanggar tatacara perjanjian yang kerajaan negeri buat bersama Syabas pada 2004,” katanya. – Bernama/TMI

10 November 2010

Syabas saman Selangor RM471 juta

KUALA LUMPUR, Nov 10 — Puncak Niaga Holdings Bhd subsidiary, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), is suing the Selangor Government for compensation under a tripartite concession agreement signed in 2004.

An originating summons together with an affidavit-in-support was filed at the Kuala Lumpur High Court for RM471,642,916.00 being compensation due under the terms of the agreement inked between Syabas, the federal government and the state government on December 15, 2004, said Syabas in a filing to Bursa Malaysia today. — Bernama

09 September 2010

Kerajaan negeri bantu 3 keluarga saman Syabas RM2.2 juta

Tiga keluarga yang sengsara selepas kediaman mereka dan orang tersayang maut dikambus tanah runtuh dua tahun lalu memfailkan saman terhadap Syaribat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, kerana kerja-kerja penyelenggaraan paip yang cuai hingga menyebabkan bencana di Bukit Antarabangsa.

Setiap satu keluarga memfailkan menuntut pampasan antara RM1.5 juta hingga RM2.24 juta terhadap syarikat milik Tun Rozali Ismail itu.Turut disaman hari ini adalah pemaju, Superview Development Sdn Bhd.

Peguam Nurashikin Mansoor mewakili Datuk Amanullah Mohamed Yusof, Harveen Kaur dan Tanarajah Kanagaratnam memfailkan permohonan saman di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mangsa mendakwa pemaju dan Syabas gagal mengambil langkah-langkah keselamatan semasa menjalankan kerja-kerja pembinaan di cerun bukit, yang runtuh dan menghancurkan 14 buah rumah.

5 orang maut, termasuk isteri Thanarajah, manakala lapan lagi dipercayai tertanam hidup-hidup.

Mangsa berpendirian Superview sedia maklum atau sepatutnya sedar bahawa tanah cerun Blok 13 dan 16 di kawasan pembinaan tidak stabil kerana ia didirikan diatas kambusan tanah runtuh Highland Towers 1985.

Manakala Syabas dituduh gagal menyelenggarakan sistem perpaipan air dengan baik, menyebabkan ia bocor dan air bergenangan dalam tanah atau cerun di kawasan kejadian.

Tahun lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan laporan siasatan sulit yang menemui paip air bocor milik Syabas adalah penyebab bencana tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa.

Tan Sri Khalid berikrar bahawa kerajaan negeri akan membiayai kos perundangan penduduk Selangor yang menanggung kerugian akibat tanah runtuh, khususnya warga Bukit Antarabangsa.

"Kita telah capai persetujuan, dimana kita akan bentuk jawatankuasa dan kami akan menyediakan peguam supaya perbincangan dapat dijalankan bersama kerajaan negeri," kata Khalid seperti yang dilapor bernama 6 Mac lepas.

Setiausaha Politik kepada menteri besar, Faekah Husin dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok mengesahkan perkara ini.

"Kita dah memastikan FIAT dilakukan dan melantik mana-mana peguam mangsa hendak lantik. Kerajaan negeri akan menanggung semua kos dan kita tinggal menunggu mereka menyerahkan salinan saman yang mereka failkan dan kita akan keluarkan FIAT," kata Faekah.

"Kita akan tanggung semua kos perundangan dan peguam yang mereka (mangsa) lantik," kata Faekah.

"Ini hak penduduk untuk saman Syabas. saya harap dengan insiden ini pihak Syabas lebih berhati-hati dan menyemak paip yang ditanam ini dan mengkaji ada pembocoran berlaku di sana sini. Ini untuk menjamin para pengguna air dan keselamatan pengguna," kata Teresa.

"Kerajaan selangor prihatin terhadap kesengsaraan penduduk selangor. Menteri besar dan Exco Selangor telah pergi ke tempat itu dan saya diberitahu beliau (Khalid Ibrahim) banyak meluangkan masa di tempat itu. Ini menunjukkan keperihatinan beliayu terhadap masalah rakyat," kata Teresa. - TVS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive