Showing posts with label Yang di Pertuan Agong. Show all posts
Showing posts with label Yang di Pertuan Agong. Show all posts

07 January 2013

PAS akan bawa pendedahan Deepak mengadap YDP Agong - Mahfuz


January 07, 2013
KUALA LUMPUR, 7 Jan — Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi menyerahkan memorandum mengenai pendedahan usahawan karpet Deepak Jaikishan Rewachand jika Putrajaya masih lagi berdiam diri tidak membuat penjelasan.
Mahfuz memberikan tempoh dua minggu kepada kerajaan untuk tampil menjelaskan pendedahan pengakuan bersumpah (SD) kedua oleh P. Balasubramaniam dan isu tanah Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah.
“Saya beri tempoh dua minggu kepada kerajaan untuk menjelaskan pendedahan dan tuduhan oleh Deepak.
“Jika gagal, saya akan mengadap dan menyerahkan memorandum kepada Agong pendedahan oleh usahawan tersebut,” kata Mahfuz dalam satu sidang media di ibu kota hari ini.

27 December 2012

Pegawai Khas Ahmad Maslan nak jumpa Agong, rumahnya disimbah cat merah ... hahahaha, ... agak hampa Agong nak layan tak?


Rumah pegawai khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan disimbah cat merah pada pagi Selasa lalu.

NONEPegawai tersebut, Ab Halim Tuah Rahmat perkara itu disedari jirannya kerana beliau bersama keluarga berada di Melaka ketika kejadian itu.

Menurut Ab Halim, cat tersebut disimbah di bahagian pintu depan rumahnya serta di bahagian tepi rumah, yang NONEturut terkena rumah jirannya kerana ia merupakan rumah jenis 'town house'

21 November 2011

Yang Di Pertuan Agong tiba di Antartika

2011/11/21

SCOTT BASE (ANTARTIKA): Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, tiba bagi lawatan khas ke Antartika.

Seri Paduka Baginda dan rombongan tiba di benua selatan itu dengan pesawat khas C-17 Globe Master Tentera Udara Amerika yang mendarat di Lapangan Ais Pegasus, sebuah lapangan terbang yang dibina di atas lautan ais yang beku, pada 1 tengah hari waktu tempatan.

Rombongan Seri Paduka terdiri daripada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili; Pengerusi Badan Bertindak Antartika Akademi Sains Malaysia (ASM), Tan Sri Salleh Mohd Nor; Pengarah Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan (NARC), Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah; dan Juruiring Kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Brig Jen Datuk Zaharin Ahmad.


21 August 2011

Azmil Mustapha nafi hina Agong

Pelakon yang kini menjadi pendakwah, Azmil Mustapha, menafikan beliau menyampaikan ceramah berbaur hasutan politik supaya rakyat membenci Yang di-Pertuan Agong ketika memberi tazkirah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang.

Mingguan Malaysia melaporkan pelakon filem Ali Setan itu sebagai berkata beliau terkejut apabila laporan polis dibuat oleh bilal masjid berkenaan pagi kelmarin, mengatakan beliau ada mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya tidak mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan, apatah lagi menghina Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu tidak berasas kerana ai tiada kena mengena dengan politik.

05 July 2011

Jawatankuasa BERSIH 2.0 mengadap Agong

Jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 dijadual akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin ini di Istana Negara.

Peremuan itu dipercayai bagi membincangkan mengenai perhimpunan BERSIH yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

Menurut sumber yang rapat dengan pihak penganjur, tidak ada ahli politik yang akan menyertai pertemuan berkenaan.

Menurut wartawan Malaysiakini yang menunggu di perkarangan Istana Negara, pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin adalah antara yang kelihatan menunggu di pondok pengawal menanti untuk masuk sejak jam 1.30 petang tadi.

04 July 2011

Pakatan cadang Bersih mengadap Agong, jelaskan penipuan SPR

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (2.0), mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi menjelaskan penipuan dan kepincangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam paparan twitternya, Anwar mengalukan Titah Khas Tuanku Mizan Zainal Abidin yang dikeluarkan malam tadi, berhubung rancangan Bersih untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai.

“Titah Tuanku Agong: waspada putar belit media Umno-BN. Ulasan saya: junjung kasih; Pakatan Rakyat akan cadang Bersih pohon mengadap (Baginda) kemuka isu penipuan SPR,” ujarnya.

Anwar yang kini berada di London, berkata, beliau telah menghubungi Penasihat Dap, Lim Kit Siang dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung titah seri paduka baginda dan menyambutnya dengan baik.

03 December 2010

Perhimpunan 5 Dec - Solat Hajat dan Zohor di Masjid Negara

Solat hajat iringi penyerahan memo kepada Agong
Oleh Fazy Sahir

PETALING JAYA: Pertembungan perhimpunan Ahad ini mambabitkan kerajaan negeri Selangor dengan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) bagi menyerahkan memorandum kepada Yang-Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, dikhuatiri akan menimbulkan kekecohan antara kedua-dua kumpulan itu.

Penyelaras kempen anti kenaikan harga air Selangor Dr Badrul Amin Bahron berkata aspek keselamatan rakyat cukup dititikberatkan kerana jika sebarang ‘provokasi’ mahupun kekecohan berlaku maka perhimpunan itu akan diteruskan oleh pimpinan negeri.

Katanya, pihak polis telah dimaklumkan perkara itu malah keputusan sama ada rakyat turut serta sehingga ke Istana Negara akan diputuskan esok.

Menurut beliau, solat hajat dan Zohor akan diadakan di Masjid Negara bersama-sama pemimpin negeri Selangor dan disusuli perhimpunan bagi menyerahkan 100 tandatangan kepada Agong di Istana Negara.

"Kami sudah memaklumkan kepada pihak polis untuk permit, sehingga kini masih belum menerima jawapan balas. Malah rancangan telah diatur dengan solat zohor dan hajat akan dibuat terlebih dahulu sebelum perhimpunan dimulakan ke Istana Negara.

"Jika wujud sebarang kekecohan atau perkara tidak diingini seperti hujan, maka pemimpin negeri sahaja yang akan berarak ke Istana Negara untuk serahkan memo itu.

"Rakyat akan tunggu di Masjid Negara…..kerana yang penting bagi kami adalah keselamatan rakyat. Namun perkara ini akan dimuktamadkan dalam mesyuarat esok," katanya ketika dihubungi FMT.

Kumpulan terdiri daripada baju merah adalah pro-kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan kira-kira 20,000 orang turut serta dalam perhimpunan tersebut.

Manakala anggota GAPS dilaporkan mengenakan baju hitam diketuai pengerusinya Hamidzun Khairuddin dan disertai hanya kira-kira 2,000 orang bakal berhimpun di Masjid Jamek.

Ahli Umno turut serta dalam tandatangan

Badrul Amin berkata, melalui kempen yang mensasarkan 100,000 tandatangan itu turut menerima penyertaan daripada ahli Umno.

Beliau yang juga Pengarah Penerangan Negeri Selangor mendakwa tandatangan itu diperoleh daripada ahli Umno termasuklah di Sungai Besar, Hulu Selangor dan Tanjung Karang.

Malah ada beberapa ahli itu yang bersetuju untuk menyertai perhimpunan bersama-sama kumpulan merah pada Ahad ini.

"Kami bergerak ke pelusuk kampung dan ahli-ahli Umno di beberapa kawasan turut menyatakan sokongan terhadap kempen kita ini. Ada yang berterus terang tidak sanggup untuk turun namun ada segelintir yang bersetuju untuk turut serta dengan kami.

"Malah tandatangan yang terkumpul setakat hari ini telah mencecah 50,000 dan berharap kita berjaya dengan sasaran 100,000 itu," katanya.

Nafi mahasiswa dibayar kerajaan negeri

Dalam perkembangan lain, Badrul Amin menafikan pembabitan kerajaan negeri dengan penyertaan mahasiswa dalam perhimpunan tersebut.

Beliau berkata, perkara ini timbul atas kesedaran mahasiswa malah menjelaskan bahawa perhimpunan itu bukan bersifat politik.

"Walaupun Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) menghalang mahasiswa terlibat dalam sebarang perhimpunan politik namun jelas ini bukan perhimpunan politik. Ini perhimpunan rakyat tanpa mengira latar belakang masing-masing.

"Mahasiswa ini juga bukan dibayar oleh kerajaan negeri, kami tidak suruh mereka turut serta tetapi mereka faham perlu dihentikan dasar penswastaan air yang wujud ini," katanya.

Katanya setakat ini bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengesahkan penyertaannya dalam perhimpunan pada hujung minggu ini.

Malah beliau turut mengalu-alukan pemimpin lain daripada negeri lain untuk turut serta memandangkan ia akan menjadi isu nasional - FMT

15 March 2010

Agong dukacita dengan Ahli Parlimen ...

Tuanku Mizan Dukacita Tingkah Laku MP

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini melahirkan rasa dukacita baginda terhadap Ahli Parlimen (MP) yang mempamerkan tingkah laku yang mampu menjejaskan imej mereka sebagai wakil rakyat.

Seri Paduka bertitah, sejak dua penggal berturut-turut baginda telah mengingatkan Ahli Parlimen supaya menunjukkan sifat dan perilaku terpuji di dalam Dewan Rakyat.

"Beta dukacita masih terdapat Ahli-Ahli Yang Berhormat mempamerkan tingkah laku dan tutur kata yang tidak mencerminkan keperibadian sebagai wakil rakyat.

"Ketahuilah, Ahli-Ahli Yang Berhormat sentiasa diperhatikan oleh rakyat. Ahli-Ahli Yang Berhormat hendaklah berhujah dengan bernas dan tidak membangkitkan perkara remeh temeh yang boleh menjejaskan imej serta maruah sendiri serta kemuliaan Dewan ini," titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal ketiga persidangan Parlimen ke-12 di sini hari ini.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah turut berangkat.

Tuanku Mizan turut mengingatkan bahawa perpaduan dan perbuatan saling menghormati antara kaum dan agama yang menjadi tunjang kekuatan negara mesti dipelihara.

Baginda bertitah amalan berbaik sangka, saling menghormati dan bekerjasama antara rakyat pelbagai kaum dan agama akan melahirkan masyarakat Malaysia yang mesra, aman dan bertoleransi.

Seri Paduka bertitah kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di samping agama-agama lain yang bebas untuk diamalkan hendaklah dihormati.

"Beta menyeru semua pemimpin agama supaya memupuk rasa tanggungjawab untuk memelihara keharmonian beragama di kalangan penganut agama masing-masing," titah baginda.

Yang di-Pertuan Agong juga bertitah, walaupun kebebasan bersuara adalah antara ciri masyarakat yang demokratik dan matang, ia tidak boleh dijadikan alasan mana-mana pihak untuk memburuk-burukkan pihak lain sehingga mencetuskan api perbalahan dan sentimen perkauman.

"Beta amat dukacita kerana ada pihak-pihak di dalam dan luar negara mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh sehingga menggadaikan ketenteraman awam dan maruah negara.
"Beta menyeru semua pihak supaya mengambil iktibar dari titik hitam dalam sejarah negara dan mengelak daripada mencetuskan isu-isu sensitif yang boleh menggugat ketenteraman awam dan keharmonian hidup rakyat," titah baginda.

Tuanku Mizan juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongan dan putar belit fakta terutamanya dalam media baru.

Baginda meminta semua yang terlibat supaya sedar bahawa perbuatan tersebut tidak diterima oleh mana-mana agama.

"Beta menyeru pihak-pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Di samping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang terbabit," titah baginda.

"Beta amat dukacita kerana ada pihak-pihak di dalam dan luar negara mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh sehingga menggadaikan ketenteraman awam dan maruah negara.

"Beta menyeru semua pihak supaya mengambil iktibar dari titik hitam dalam sejarah negara dan mengelak daripada mencetuskan isu-isu sensitif yang boleh menggugat ketenteraman awam dan keharmonian hidup rakyat," titah baginda.

Tuanku Mizan juga dukacita kerana masih terdapat banyak perbuatan fitnah, pembohongan dan putar belit fakta terutamanya dalam media baru.

Baginda meminta semua yang terlibat supaya sedar bahawa perbuatan tersebut tidak diterima oleh mana-mana agama.

"Beta menyeru pihak-pihak berkenaan menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut. Di samping itu, pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang terbabit," titah baginda.

Tuanku Mizan turut bertitah bahawa kerajaan sentiasa memberi perhatian serius untuk membanteras jenayah termasuk jenayah jalanan seperti ragut dan samun yang menggusarkan rakyat.

Baginda bertitah sasaran indeks jenayah keseluruhan akan dikurangkan sebanyak lima peratus serta jenayah jalanan sebanyak 20 peratus pada akhir tahun ini dan penempatan lebih ramai anggota keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia di lokasi panas, telah mula menunjukkan impak positif.

Seri Paduka turut mengalu-alukan komitmen dan kesungguhan kerajaan untuk memerangi gejala rasuah dan berharap rakyat akan terus memberi sokongan selain melaporkan jenayah tersebut dengan penuh tanggungjawab.

"Sehubungan ini, Rang Undang-Undang Perlindungan Pemberi Maklumat sedang digubal bagi melindungi pengadu yang membuat pendedahan," titah baginda. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive