Syed Mu'az Syed Putra
PETALING JAYA, 28 Nov — Jika sejak dua hari lalu hangat diperkatakan mengenai “Third Force”, hari ini seorang perwakilan PKR mendakwa wujudnya kumpulan baru — dikenali sebagai “Geng Berempat” — yang sekiranya tidak ditangani dengan segera akan merosakkan parti komponen Pakatan Rakyat itu.
“Saya hanya melahirkan kebimbangan sekiranya wujud kumpulan ini dalam parti ia akan membawa kerosakan kepada parti.
“Kita tidak tahu sama ada benar-benar wujud ataupun tidak, tapi kebimbangan itu ada dan ia dibuat berdasarkan perkembangan selepas pemilihan parti.
“Jadi kebimbangan itu ada, kalau benar-benar wujud ia akan merosakkan parti,” kata perwakilan dari Pahang Ahmad Nizam Abdul Hamid ketika membahaskan usul pemberdayaan demokrasi pada Kongres Nasional PKR di sini.
Ketua PKR Temerloh itu berkata demikian dengan merujuk kepada sejarah politik China yang mengatakan gelaran “Geng Berempat” itu ialah panggilan yang diberi kepada sebuah paksi politik haluan kiri yang terdiri daripada empat orang pegawai Parti Komunis China.
Keempat-empat individu itu adalah Jiang Qing, isteri terakhir Mao Zedong yang kelihatan memimpin kumpulan ini, dan sekutu-sekutu terdekat Zhang Chunqiao, Yao Wenyuan, dan Wang Hongwen.
“Geng Berempat” ini berjaya menguasai alat-alat kuasa Parti Komunis China pada tahap-tahap terakhir Revolusi Kebudayaan, tetapi tidak pasti keputusan besar mana yang dilakukan atas arahan Mao Zedong dan dilaksanakan oleh kumpulan ini, dan yang mana adalah hasil rancangan kumpulan itu sendiri.
“Kita hanya melahirkan kebimbangan itu sahaja. Sama ada wujud atau tidak saya tidak tahu tapi ini adalah topik yang hangat diperkatakan sekarang.
“Jadi saya minta supaya pemimpin yang menang harus melakukan tugas sebagai seorang pemimpin,” kata Ahmad Nizam ketika ditemui selepas itu.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan individu-individu yang terlibat.
Mengenai pembersihan dalam PKR, Ahmad Nizam berkata ia adalah keputusan yang dibuat berdasarkan emosi bukan intelektual.
“Keputusan nak buat pembersihan parti bukan intelektual tetapi adalah emosi, ia lebih kepada emosi.
“Pemimpin yang merasa diri menjadi dewa tiada tempat di dalam parti, parti dibina atas konsep merdeka,” katanya - TMI

No comments:
Post a Comment