Oleh Jamilah Kamarudin
PETALING JAYA: Keputusan Umno menangguhkan pemilihan Majlis Tertinggi (MT) selama 18 bulan sehingga tahun 2012 mungkin memberi petanda parti itu mahu menyembunyikan kelemahan krisis dalamannya sementara menghadapi pilihan raya Sarawak dan umum (PRU) dalam masa terdekat.
Pengajaran daripada proses ‘ketelusan’ pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akhirnya hanya menampakkan kelemahan sendiri,
Umno dilihat mengambil langkah selamat untuk menunda pemilihan yang sepatutnya berakhir pada tahun depan bagi memberi laluan kepada pimpinan baru meneraju parti sepanjang penggal 2011/2014.
Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Dr P Sivamurugan berkata, penangguhan itu menguatkan lagi spekulasi tentang tarikh pilihan raya Sarawak yang dijangka berlaku seawal Mac tahun depan manakala PRU 13 pula diramalkan pada suku terakhir tahun yang sama.
Menyifatkannya sebagai satu percaturan yang baik bagi mengelak Umno kehilangan sokongan rakyat serta pengaruh antara parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) semasa pilihan raya nanti, Sivamurugan bagaimanapun berkata keputusan itu umpama ‘ubat penahan sakit’ yang hanya bersifat sementara.
"Saya percaya keputusan Umno itu mungkin hendak mengelak permusuhan dalaman parti yang boleh mengganggu peluang BN memenangi pilihan raya.
"Untuk memenangi sesuatu pilihan raya tak semestinya perlu bergantung kepada kelemahan parti lawan.
"Kalau Umno tak bertindak sebegini mungkin mereka berhadapan krisis dalaman yang serius sebab kalau parti sendiri tak kuat bagaimana nak lawan pihak musuh (dalam pilihan raya)," katanya kepada FMT hari ini.
Umno enggan amal budaya politik terbuka
Pendapat sama turut disokong Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang secara terbuka mengkritik Umno kerana masih enggan mengamalkan budaya keterbukaan politik untuk setiap ahlinya.
Membandingkannya dengan PKR yang mengamalkan sistem pemilihan demokrasi satu ahli satu undi, kedegilan Umno mengekalkan ’status quo’ katanya hanya menampakkan lagi tanda-tanda wujudnya pergelutan antara ‘kem Najib’ dan ‘kem Muhyiddin’ dalam parti itu.
Aziz juga berkata, Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin bimbang kedudukannya akan terancam jika pemilihan MT Umno akan diteruskan kerana sukar meletakkan calon pilihan semasa pilihan raya nanti sekaligus menghalangnya daripada terus mengekalkan kuasa dalam parti.
Ini kerana katanya ‘pertarungan’ dalam pemilihan MT Umno itu nanti bakal menjadi tiket penting bagi pemenang dan barisan pilihannya menerajui parti itu sekaligus menjadi kuasa penentu dengan parti komponen lain dalam BN.
"Jika mereka meneruskan pemilihan MT Umno, individu yang memenanginya ada kuasa besar untuk mengukuhkan pengaruh dan menentukan individu yang berada dalam badan kuasa perundangan (Parlimen) dan eksekutif (Kabinet).
Masalah budaya politik naungan
"Umno sejak dari dulu lagi terkenal dengan masalah budaya politik naungan dan cantas-mencantas sesama ahlinya.
"Hala tuju politik mereka tidak akan kemana-mana jika sistem pemilihan ‘autokrasi’ mereka masih tetap tidak berubah," katanya.
Hal ini ditambah dengan pandangan Dr Sivamurugan yang berpendapat parti ‘Ketuanan Melayu’ itu masih belum bersedia menghadapi pilihan raya yang sama.
Ini kerana katanya berdasarkan keputusan mesyuarat tertinggi Umno semalam yang mahu mengadakan rombakan dalam badan perhubungan negeri, kursus cawangan kepada ahlinya serta merancang mengadakan jelajah ke seluruh negara untuk berkempen tentang pencapaian yang dilakukan BN sejak tahun 2008.
"Mereka perlukan masa…begitu juga dengan MIC yang mahu melihat sama ada presiden barunya Datuk G Palanivel mampu menerajui parti dengan baik dan mengembalikan semula kepercayaan pengundi masyarakat India dalam tempoh terdekat ini," katanya.
Namun beliau percaya MIC mungkin ‘terselamat’ daripada tekanan krisis pemilihan yang boleh menggugat imej BN untuk menghadapi PRU 13 memandangkan parti itu akan mengadakan pemilihannya pada tahun 2012.
Dr Aziz bagaimanapun menolak pendapat penangguhan pemilihan MT Umno itu adalah satu langkah yang baik untuk parti itu terus kekal relevan sebagai parti yang mempertahankan kedudukan kaumnya dalam Perlembagaan.
"Tidak semestinya langkah (penangguhan) itu baik jika politik dalaman Umno masih ditahap lama malah ia akan terus menjadi barah dan membusung sehingga tidak mampu diselamatkan lagi," katanya.
Isu nasional
Pendapat Dr Aziz itu disokong dengan kenyataan Presiden Transparensi Antarabangsa Malaysia Tan Sri Ramon Navaratnam bahawa penangguhan pemilihan MT Umno itu tidak akan memberi impak yang besar kepada keputusan pilihan raya Sarawak dan PRU 13 sekiranya isu nasional masih tidak dapat diselesaikan.
Beliau merujuk isu nasional kepada masalah kestabilan ekonomi negara, isu Sabah dan Sarawak, keberkesanan Program Transformasi Ekonomi (ETP), ketelusan kerajaan BN memerangi rasuah serta beberapa isu lain yang membelenggu negara sejak tahun 2008.
Tokoh ekonomi itu berkata, apa yang penting adalah prestasi yang dibuktikan serta manifesto yang sudah dilaksanakan barisan kepimpinan Najib sejak PRU 12 yang lalu.
"Rakyat bukannya mahu melihat politik perkauman terus dimainkan untuk memenangi sesebuah pilihan raya kerana mereka tahu politik sempit itu hanya akan menimbulkan ketidakharmonian pemerintahan demokrasi negara.
"Sebaliknya rakyat sekarang sudah celik dan bijak menilai apa yang kerajaan BN janjikan selama ini untuk membela rakyat dan memajukan ekonomi negara," katanya. - FMT

1 comment:
banyak keliru sma umno
pengawas peperiksaan rasis kebal
Post a Comment