22 December 2010

Malaysia berada di bawah radar pemantauan Imigresen New Zealand - WikiLeaks

Kuala Lumpur: Menurut laman web pendedah WikiLeaks, Malaysia berada di bawah radar pemantauan pihak imigresen New Zealand kerana isu pendatang tanpa izin sejak tahun 2006 setelah 20 orang ditahan semasa penyiasatan selama sembilan bulan.

Ia melaporkan bahawa satu dokumen sulit berkaitan rancangan kerajaan menangani pemerdagangan manusia mengenal pasti Malaysia, Hong Kong dan Korea Selatan sebagai ‘tapak panas’ pendatang.

"Dalam kes Malaysia, imigresen New Zealand mengenalpasti pendatang secara berkesan menerusi serbuan ke tempat-tempat pelacuran meskipun pendatang berjaya melepasi kawalan sempadan di Malaysia.

"Kerajaan New Zealand akan meneruskan pemantauan ke atas status visa perjalanan percuma dan membatalkannya jika perlu sekiranya kaedah ini lebih berkesan untuk mengawal kemasukan pendatang dari negara tersebut," laporan itu dipetik berkata.

Laporan WikiLeaks ini yang dipaparkan di portal berita nzherald.com dan menambah bahawa meskipun New Zealand mempunyai ’sedikit masalah atau tiada masalah’ berhubung pemerdagangan manusia, ia akan terus memantau semua perjalanan yang ‘disyaki’.

Laporan yang memperincikan isu ini turut menyatakan bahawa di antara Jun 2006 dan Mac 2007, seramai 20 pendatang keluar dari Malaysia berjaya menembusi sistem Pemprosesan Penumpang Lanjutan New Zealand (APP).

APP memerlukan syarikat penerbangan untuk mengenalpasti penumpang yang mungkin cuba memasukki New Zealand secara haram sebelum menaiki pesawat penerbangan antarabangsa.

Menurut laporan itu, pemantauan pendatang yang berpotensi dan mangsa pemerdagangan manusia berterusan setelah menumpang di New Zealand serta melepasi pihak imigresen dan kastam negara itu.

Laporan itu mendakwa bahawa siasatan dijalankan oleh pihak imigresen, visa, kawalan sempadan, dan pegawai dari agen penguatkuasaan lain.

Laporan itu juga menyebut bahawa pegawai penguatkuasa undang-undang New Zealand telah menjalankan 1,300 siasatan untuk mengenalpasti pendatang termasuk mangsa pemerdagangan manusia.

Meskipun tiada kes pemerdagangan, mereka terjumpa 18 pendatang Hong Kong, seorang dari Korea Selatan dan 20 dari Malaysia..

"Meskipun bilangan pendatang adalah kecil berbanding bilangan kemasukan visa secara percuma, kerajaan New Zealand mengakui keperluan untuk mencegah penyalahgunaannya secara besar-besaran," tambah laporan tersebut. - FMT

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive