PETALING JAYA: Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkan pemimpin Pakatan Rakyat sebagai “sangat merbahaya dan anti nasional” adalah suatu tindakan yang biadap dan tidak mencerminkan ketokohannya sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia.
Najib didakwa mengeluarkan kenyatan tersebut dalam konvesnyen BN di Wisma MCA, Ahad lalu.
"Hasutan dan fitnah yang dilemparkan sama sekali tidak berasas kerana dalam deklarasi Pakatan Rakyat bahawa kerajaan Pakatan Rakyat akan sentiasa mendukung prinsip kenegaraan dan patriotisma sebagai elemen utama perjuangan," kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamruddin dalam kenyataan medianya.
Sebaliknya ahli Parlimen Ampang itu mahu tindakan dikenakan ke atas Timbalan Pendana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifakannya seorang anti nasional kerana membuat kenyataan berundur rasis dan menimbulkan marah dan kebencian rakyat.
."PM seharusnya menasihati Muhyiddin dahulu agar beliau dapat bermuhasabah diri atau melakukan introspeksi terhadap kelemahan diri, seperti yang disarankannya sendiri dalam ucapannya di konvensyen tersebut," katanya.
Zuraida berkata, siri fitnah PM ini adalah suatu strategi desperado bagi mengalih tumpuan dari kemarahan rakyat akibat ‘pakej kenaikan harga 4 dalam 1 PM Najib Razak.
Beliau juga berkata Pakatan Rakyat sudah sedia menghadapi pilihanraya umum akan datang.
"Andai benar ini petanda awal kepada tarikh pilihanraya umum ke-13, pemimpin Pakatan Rakyat akan bersedia untuk menghadapinya. -FMT

No comments:
Post a Comment