KUALA LUMPUR: Polis mendapat perintah mahkamah untuk menyita rumah dan pejabat peguam N Pathmanabhan yang dituduh membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, berkuat kuasa 16 Disember lalu.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan berkata, perintah yang diperoleh oleh Pasukan Petugas Khas Operasi/Anti Keganasan Bukit Aman itu, bagi membolehkan siasatan dibuat berhubung satu laporan polis di Teluk Panglima Garang membabitkan kes pengubahan wang haram.
Menurut kenyataan itu, Timbalan Pendakwa Raya memutuskan untuk melaksanakan tindakan penyitaan terhadap satu unit rumah teres dua tingkat dan satu unit bangunan pejabat tiga tingkat, kedua-duanya terletak di Banting, Selangor.
Pada 13 Oktober lalu, Pathmanabhan, 41, dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyagan, 19, R. Matan, 20, dan R.Khatavarayan, 30, dituduh membunuh Sosilawati bersama pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, di satu kawasan di Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, pada 30 Ogos lalu.
Kes itu akan didengar semula pada 27 Januari tahun depan. - BERNAMA
Kes itu akan didengar semula pada 27 Januari tahun depan. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment