Aku baru saja sampai lbh kurang 15 minit yang lalu. Keadaan di tempat ceramah masih lengang. Tapi yang menariknya, yang tak pernah aku lihat sebelum ini. tempat ceramah terpaksa berpagar/bertutup litup dangan lebih kurang 15 buah khemah 20x20. Itu adalah arahan kata salah seorang ahli jawatankuasa penganjur.
Mengikut program malam ini. DSAI dijangka berucap sekitar jam 9.oo mlm nanti.
Seperti biasa, polis mengadakan 2 sekatan jalan raya untuk masuk kesini. Belum kelihatan trak 'water canon; (mungkin tersorok). Mungkin menunggu sehingga jam 10.30, seperti permit diberikan sebelum ianya muncul.
Berita lanjut menyusul
1 comment:
Gangguan pihak polis kepada ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat,amat membosankan dan memualkan.Perlembagaan membenarkan rakyat berkumpul cara aman begitu juga berdemonstrasi cara aman.Akta Polis memerlukan permit untuk berkumpul mahu pun berdemo cara aman.Soalnya,mana lebih besar dan berkuasa,Perlembagaan Negara atau Akta Polis? Ada baiknya pihak Pakatan Rakyat mengumpulkan pakar-pakar (peguam) Perlembagaan(Constitutional Lawyers)jika perlu bawa dari luar negeri,untuk menyeret PDRM dan kerajaan - menentukan yang mana lebih berkuasa,Perlembagaan Negara atau Akta Polis.
Post a Comment